Wednesday, 21 January 2009

Voucher KFC

Hari ini majikan tempat aku bekerja mengedarkan voucher KFC kepada semua pekerja. Sebenarnya sejak minggu lepas ramai yang bertanya kepada aku bila voucher ini hendak diserahkan kepada mereka. Bingit aku mendengarnya. Kalau pembaca hendak mengetahui inilah voucher yang menggantikan makanan Annual Dinner yang sepatutnya diadakan pada 16hb Januari 2009. Huhuhu...

Sebenarnya perancangan Annual Dinner telah dibatalkan kerana kegawatan ekonomi. Kami Welfare & Receration Club tidak bersetuju dengan pembatalan Annual Dinner tetapi terpaksa akur juga dengan kehendak pihak pengurusan. Akhirnya inilah voucher yang mampu diberikan oleh pihak majikan kepada pekerja-pekerja. Ermm... terima ajelah ye. Huhuhu...

Oleh itu tahun ini tiadalah pakaian glamour yang hendak dipamerkan oleh pekerja-pekerja. Aku pun tak perlu nak pening kepala hendak melayan pekerja-pekerja yang kerap memberi komen yang negatif selepas Annual Dinner berlalu. Kalau kata jamuan tidak menarik tetapi aku lihat ramai juga yang hadiri dan mula nak mabuk-mabuk atau menari disco sebagai penutup Annual Dinner. Tahun ini rasakan kepada mereka yang asyik nak komen aje.

Jadi gunakanlah voucher tersebut dan pandai-pandailah buat glamour sendiri. Hehe...

4 comments:

Anonymous said...

tak prihatin ke kat mangsa kejam Israel di Palestin, org lain sibuk pasal boikot barang USA, kompeni ni sibuk suruh org makan kat KFC...
prihatin le sikit.

"SELAMATKAN GAZA"

EnalEinWanaZafri said...

you should talk to them belajarlah dan fahamilah erti kesyukuran coz their majikan masih buat Annual Dinner walaupun this year event tersebut has been cancelled......tapi still dapat pampasan makan.. syarikat lain ada yang tak pernah buat langsung Annual Dinner....dulu when i was there, aku ada juga dengar orang komplen .. tahun ni tak best la... bla.. bla.... tp yang banyak mabuk orang bangsa kita juga...

hairie @ zm said...

Terima kasih anonymous kerana sudi membaca dan komen di dalam blog ini. Kalau setakat cakap je selamatkanh gaza semua orang boleh bercakap. Tapi tahukah anda KFC Msia ini adalah milik Johor Corporation.

Kalau setakat menjadi seorang penakut utk memperkenalkan diri sekurang-kurang jadilah Melayu yang beradap. Jangan fikir kata-kata anda akan membuat saya melenting. Saya tahu itu yang anda nantikan. Maaf ye.

Unknown said...

anonymous..aku bkn nk berlagak..aku pn prnah bekerja kat KFC (after sekolah,just menunggu panggilan IPT) ....kfc malaysia adalah hak malaysia...even gunakan sistem francais,tp sistem itu hanya utk rhsia resepi dn tiada kene mngena jualan kfc malaysia dgn israil....belajar ekonomi,baru boleh bidas hal nie. :)