Semasa aku membaca blog kawan baikku FG atau Muslim bertajuk Ewah... teringat lak di zaman persekolahan dahulu. Hehe..
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aku pernah membuat persembahan tarian di atas pentas semasa aku menuntut di tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Muar. Sebenarnya penglibatan aku dibidang ini hanya bidan terjun je. Ini adalah gara-gara kawan aku iaitu Kamaruzaman yang sengaja hendak mengenakan aku bila aku kutuk dia terlibat dalam persembahan tarian semasa Hari Penyampaian Hadiah. Dia ini aku kenal bila dia memasuki tingkatan 6 kerana sebelum ini dia bersekolah di tempat lain iaitu di salah sebuah sekolah menengah di Pagoh.
Aku sebenarnya tidak tahu bahawa aku ni ada bakat menari. Aku rasa macam kayu je bila menari. Ala ala Mawi menari kot. Hehe... Tetapi masa latihan lebih kurang dalam seminggu je kawan-kawan yang lain termasuk Cikgu tarian terkejut sebab aku menari lebih baik dari yang lain. Aku sebenarnya serba salah untuk menari dan lagi pun aku ni pemalu. Kalau nak tahu aku ni adalah Pengerusi Persatuan Agama Islam. Apa lagi terperanjat beruk lah Cikgu Penasihat Persatuan Agama Islam bila melihat Pengerusi menari. Hehe... Apa kan tidaknya kerana perlantikan AJK Persatuan Agama Islam adalah hasil mesyuarat Cikgu-cikgu yang mengajar matapelajaran ini.
Oleh kerana aku tidak mahu menjadi kontroversi maka aku terus meletakkan jawatan dan juga meninggalkan bidang tarian walaupun puas dipujuk oleh Cikgu Penasihat supaya jangan meletakkan jawatan Pengerusi.
Ermm... begitulah kisah aku yang pernah mencetus kontroversi. Apa kau orang ingat Mawi je boleh buat kontroversi. Hehe....
6 comments:
HAH..??? ZM menari ..?? Wahhh,... sepanjang aku kenal ko, tak pernah citer pun ko menari?? Ini betul2 kezutan nih...???
Naper gambar tu blur..?? Sengaja di blurkan ke..??
Tarian apa tu..?? Tarian Lilin ke?
Kenapa? Tak percaya... Haha.. Itulah aku tetap aku. Byk lagi kezutan kot.
Gambar blur tu sebab gambar masa remaja. Sebenarnya aku sekadar mencuba buat attachment gambar. Oleh kerana aku tidak tahu nak scan gambar jadi aku pun ambil gambar tu menggunakan kamera dan lepas tu aku attach dalam artikel ini. Inilah hasilnya. Kwang... kwang...
Aku menari irama Zapin. Biasalah orang Johor. Kalau tak silap irama "Yaladan".
betul ke kau boleh dancing.... cam tu boleh la kau masuk the next Sehati Berdansa (2009).... tp kau kena cari pasangan dulu la....
Z family, aku ni bukan lah nak berlagak tetapi setakat menari tradisional ini bolelah.
Kalau Z family nak tahu pernah semasa aku pergi interview kat Arab Malaysian Insurance salah seorang pegawai interview nak perkenalkan aku dengan org Yayasan Warisan Johor. Aku cakap zaman menari di sekolah sudah berlalu.
Hi Mr. Postman,
x sangka plak ko leh menari..kok x leh jd pasangan aku nari ..zapin , inang..ker..Boria ko x penah masuk ??
Aku dulu pun kat sekolah masuk Persatuan Budaya..aktif menari berlakun dan nasyid ...aku jadi leader tu..tp bila dh msk ITM aku wat low profile jer...sbb dah pki tudung beb..baik la kunun..hehe
Boria tu bukan line aku tapi koir adalah. Kalau aku jadi pasangan menari kau, tak de yang jeles ke wahai anonymous. kwang kwang....
Tak sangka ye pandai juga kau berlakon low profile semasa di ITM. Huhu....
Post a Comment