Sunday 4 September 2016

Kembali Menulis

Hampir dua tahun aku tidak melihat blog yang pernah menjadi luahan rasa aku.  Kadangkala aku amat merinduinya.  Tapi entah mengapa aku tak pasti adakah kesibukan waktu atau kemalasan melanda di jiwa dan hati atau mungkindah tiada bahan untuk dikongsikan.

Tapi entah mengapa hari ini aku menjadi semangat pula untuk membuka blog ini dan mungkin kembali menulis.  Walaupun blog aku ini tidak popular macam blog orang lain tetapi cukup sekadar memberi kepuasan untuk aku terus menulis.

Apapun terima kasih kerana Majlis Sua Kembali, Pelajar Tingkatan 6, Sesi 1983/84, Sekolah Tinggi Muar telah menemukan aku dengan rakan sekolah yang juga penulis iaitu Dr Maskiah Masrom.  Dia lah yang memberi semangat untuk aku meneruskan bakat penulisan aku.  InsyaAllah akan ku teruskan jua minat dan bakat ku ini.

Terima kasih Dr Maskiah Masrom @..... biarlah rahsia.  Haha...

Sunday 21 September 2014

Jejak Rakan

Syukur Alhamdulillah semalam aku dapat mengesan seorang lagi rakan sekelas dan sekolah di Sekolah Menengah Sri Muar dan Sekolah Tinggi Muar iaitu Mohd Fuad.

Aku mula mengenali Fuad yang lebih dkenali sebagai Fuad lembu sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Sri Muar.  Walaupun kami berlainan kelas tapi kami agak rapat memandangkan kami tuition di tempat yang sama.  Oleh kerana di dalam kelas tuition tersebut tak ramai pelajar lelaki maka hubungan kami agak rapat.  Manakala semasa tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Tinggi Muar, kami ditempatkan di dalam kelas yang sama.

Kini seorang demi seorang rakan-rakan yang pernah sama-sama belajar di Sekolah Tinggi Muar dapat dikesani.  Setakat ini jejak rakan yang diketahui di mana mereka berada adalah Zulkarnain, Hedzir, Fuad, Rozhan dan Azmi.  Apa yang aku harapkan dapat mengesan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih Allah.

Sunday 14 September 2014

Soalan UPSR 2014 Bocor

Perlukah rasa terkejut?  Perlukah digelak?  Ermmm... dan tersenyum yang mampu aku lakukan bila berita mengatakan soalan UPSR bocor.  Aku pun tak faham mengapa dan kenapa, padahal itu baru peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah aje.  Masa zaman aku tiada pula terdengar soalan Penilaian Darjah 5 bocor.

Aku bukannya hendak mengeruhkan suasana ini tapi sekadar hendak kepastian mengapa perkara ini boleh terjadi.  Adakah yang membocorkan soalan ini mahukan anaknya dapat gred bagus atau pihak sekolah yang mahukan peratusan sekolah mereka tinggi.

Apapun sebabnya rasanya tak perlu lah nak melatah.  Ala tu kan sekadar menilai tahap pelajaran pelajar sekolah rendah.  Kalau sekadar dapat keputusan baik semasa sekolah rendah, kemudian dapat belajar di Asrama Penuh dan selepas itu hancur nak buat apa.  Tapi rasanya soalan aje yang bocorkan.  Tak pula aku dengar jawapannya yang bocor.  Jadi tak ada masalahkan.  Haha...

Kepada pelajar yang telah dipilih oleh Allah untuk mengerjakan fardhu Haji tahun ini, nasihat aku beri tumpuan kepada ibadat Haji.  Walaupun aku tahu UPSR mungkin juga penting tapi tidak bermakna kamu tidak boleh teruskan pelajaran ke tingkatan 1 kan.  Nanti semasa PMR dan SPM beri tumpuan sepenuhnya.  Ingat bukan semua orang Allah pilih untuk mengerjakan Haji tahun ini.  Kamu untung kerana Allah telah memilih kamu.

Saturday 30 August 2014

Jaga Perasaan Waris Mangsa.

Tragedi pesawat MAS MH370 & MH17 telah memberi impak yang besar kepada negara.  Walaupun berlainan cerita tetapi ianya tetap menjadi perhatian dunia.  Apakah sebab dan musabab dan apakah implikasinya kepada semua pihak.

Aku tahu pelbagai pandangan yang dilemparkan samada positif atau negatif.  Entah apakah motif sebenar pandangan mereka.  Apakah ianya benar ikhlas atau sekdar untuk mendapat perhatian demi politik masing-masing.

Mungkin mangsa MH17 lebih beruntung kerana kita tahu apa dan di mana pesawat tersebut.  Tetapi bagaimana dengan mangsa MH370 pula entah ke mana tanpa jawapan.  Apakah benar mangsa MH17 dianggap beruntung kerana melibatkan kematian.  Apakah MH370 akan dilupakan?

Walaupun kerajaan telah buat sebaik mungkin menunjukkan rasa prihatin dengan melakukan berkabung dan macam-macam lagi kepada mangsa MH17, namun masih ada pihak yang memberi pandangan negatif.  Mereka mendakwa mengapa mangsa MH17 disambut bagaikan wira negara sedangkan mangsa anggota keselamatan kejadian di Sabah dan tempat lain tidak diberi penghormatan seperti wira.  Adakah mereka memberi komen dengan ikhlas?  Tetapi kenapa mangsa kejadian di Sabah dahulu mereka kutuk dan anggap itu adalah agenda sesuatu parti politik.  Sekarang ni mereka macam rasa simpati pula.  Apa motif sebenarnya.  Hanya mereka yang tahu.

Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana setiap apa yang diperkatakan walaupun mungkin ada kebenarannya tetapi ada kepahitannya.  Kita bukan waris mangsa memang kita tidak akan rasa kepahitannya dengan sebarang komen yang diberi.  Biarlah waris mangsa memberi komen kerana mereka ada hak dan jangan pula kita cuba menjadi api dalam serkam.

Walaupun aku bukan ahli keluarga mangsa anggota keselamtan di Sabah tetapi aku amat memahami perasaan mereka kerana aku sendiri adalah anak seorang polis.  Walaupun aku juga bukan waris mangsa MH17 dan MH370, tetapi ada juga ahli keluarga aku sering menggunakan kapalterbang untuk segala urusan.

Apa juga komen hendak diberi samada positif atau negatif, nasihat aku jangan sampai hati waris-waris mereka terluka.  Al-Fatihah untuk mereka.

Saturday 12 July 2014

Bazar Ramadhan

Bila tiba bulan Ramadhan atau puasa yang akan menjadi tumpuan orang ramai selain pusat membeli-belah adalah bazar Ramadhan.  Pasti ada yang begitu istimewa pada orang ramai tanpa mengira darjat keturunan, kaum, mereka yang sudah berumahtangga, malah yang lebih tetumpu di kawasan ini pastilah orang bujang.

Aku adalah salah seorang insan yang pasti akan mengunjung bazar Ramadhan untuk mencari apa jua juadah samada untuk berbuka puasa ataupun untuk bersahur.  Apa sahaja yang kita idamkan untuk makan pasti ada selagi ianya halal.  Nak makan lauk kampong, nak makan western food, nak makan makanan sesuatu negeri juga ada.  Kuih dan pelbagai air juga ada.  Apa yang pasti gerai macam cendawan tumbuh dengan pelbagai strategi pemasaran yang mereka lakukan.  Mereka akan menamakan gerai mereka dengan nama yang unik.  Ada tu siap dengan banner lagi.   Itu belum lagi nama makanan samada nama kawasan, daerah, negeri malah nama sendiri.  Samada ianya memang benar atau sahaja mereka guna nama terebut untuk tarik perhatian pembeli.

Aku ni pula bukan sahaja pergi ke bazar Ramadhan kerana untuk membeli juadah, malah suka tengok gelagat orang ramai dan penjual.  Kadangkala terfikir di fikiran ini adakah hasil jualan mereka ni memang dapat sembutan atau sekadar dapat pulangan modal aje.  Kalau cuaca panas mungkin air batu akan dapat sambutan dari orang ramai, tapi kalau cuaca hujan macam mana pula.  Ada tu kadangkala sesuatu gerai macam tidak dapat sambutan.  Persoalannya mengapa.  Oleh itu penjual kena bijak memahami apa kehendak pembeli.  Stategi pemasaran.  Nasihat aku kepada peniaga di bazar Ramadhan jaga kebersihan, niat yang betul dan jangan menipu.

Namun yang paling aku suka ialah menyakat orang ramai tanpa diketahui.  Macam mana tu.  Aku suka kacau pasangan yang suka berpegang tangan ataupun kelompok yang ramai tapi jalan macam tiada orang lain di keliling.  Kadangkala aku tersenyum sebab perbuatan aku itu menyebabkan pasangan yang berpegangan tangan terpaksa melepaskan tangan mereka buat sementara.  Yang jalan berkelompok sambil berbual tiba-tiba mereka toleh ke belakangan adalah aku dan bukan kawan mereka.  Haha....  jahatnya aku.  Tapi yang paling aku marah bila tengok ibu bapa lebih sayangkan juadah di tangan dari anak kecil yang dibiarkan berjalan sendirian.  Kalau dah kena culik baru nak menyesal dan melaung sekuat hati.

Kotak-kotak derma pasti akan banyak di bazar Ramadhan kerana orang ramai memang suka menderma untuk dapat ganjaran pahala.  Malah insan yang kurang bernasib baik juga terlalu ramai tanpa mengetahui samada mereka memang benar kurang bernasib baik ataupun ada sindiket yang mengawasi mereka.  Bagi aku walaupun siapa mereka, yang penting niat hati nak menderma.  Samada benar atau bohong perbuatan mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui.


Sunday 29 June 2014

Gelagat Awal Ramadhan.

Hari ini umat Islam di Malaysia mula berpuasa untuk tahun 1435H.  Tapi yang pasti ramai dikalangan kita dah mula berbelanja untuk persiapan Hari Raya maklum ajelah gaji dan masukkan.  Mungkin ramai akan mengatakan "perghh... baru puasa dah nak berbelanja nak raya".  Tak apalah, walaupun apa kutukan dari orang namun hanya kau orang yang mengetahui apa sebabnya berbelanja awalkan.  Apa ada kisahkan duit sendiri.

Bagaimana pula kalau awal puasa sudah mendengar lagu-lagu raya.  Tapi terus terang aku memang suka dengar lagu Raya ni jika berada di shopping kompleks sebab raya macam meriah.  Lagi semangat nak berbelanja.  Haha....  Lagi pun masa nilah nak dengar lagu-lagu Hari Raya.  Aje gila kalau hari biasa nak diputarkan lagu Hari Raya.  Jadi dengar ler puas-puas lagu Hari Raya di bulan Ramadhan ni.  Haha...

Ada tu pula majoriti pemilik handphone mula ler menukar nada deringan Hari Raya.  Biasa ler tu kan.  Tapi sebelum Hari Raya dah tukar nada deringan Hari Raya apa cerita tu.  Haha...  Lantak ler handphone kau orang kan.  Tapi kenapa kurang lagu yang berunsur Ramadhan ek.  Yang peliknya walaupun ada, pihak penyiaran mahupun pusat membeli-belah kurang untuk memutarkan lagu-lagu ni pada awal Ramadhan.  Aku paling suka lagu dendangan penyanyi kesayangan aku Uji Rashid, Dengan Bismillah.   Oppss... betul ker tajuk tu... tapi yang aku pasti perkataan Bismillah memang ada.

Tapi apa gelagat kau orang ek di awal Ramadhan ini.  Pastilah tengah fikir hari ini nak berbuka apa kan.  Selain cuba memenuhi anak tekak sendiri, juga nak fikirkan anak-anak yang mula nak belajar berpuasa.  Tapi yang pasti orang perantau macam aku ni mestilah fikir tiket nak balik kampung.  Haha...

Saturday 28 June 2014

Menanti Ramadhan.

Esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa.  Syukur Alhamdulillah kita diketemukan sekali lagi bulan Ramadhan yang penuh berkat.  Moga Ramadhan kali ini akan lebih baik dan sempurna dari yang sebelumnya.

Aku memang sentiasa menanti Ramadhan walaupun aku tahu amal ibadat aku mungkin tidak sebaik orang lain di bulan Ramadhan.  Aku sering baca artikel mengenai Ramadhan bahawa roh-roh orang yang telah awal meninggalkan kita akan kembali untuk melihat waris-waris mereka yang sentiasa mendoakan mereka.  Itu yang aku nantikan dan harapan aku agar roh arwah emak, abah, ngah, Heidi dan atuk-atuk aku akan kembali ke rumah aku.  Percayalah aku terlalu rindu dengan mereka walaupun aku tidak dapat meraikan Ramadhan dengan mereka lagi.