Bila tiba bulan Ramadhan atau puasa yang akan menjadi tumpuan orang ramai selain pusat membeli-belah adalah bazar Ramadhan. Pasti ada yang begitu istimewa pada orang ramai tanpa mengira darjat keturunan, kaum, mereka yang sudah berumahtangga, malah yang lebih tetumpu di kawasan ini pastilah orang bujang.
Aku adalah salah seorang insan yang pasti akan mengunjung bazar Ramadhan untuk mencari apa jua juadah samada untuk berbuka puasa ataupun untuk bersahur. Apa sahaja yang kita idamkan untuk makan pasti ada selagi ianya halal. Nak makan lauk kampong, nak makan western food, nak makan makanan sesuatu negeri juga ada. Kuih dan pelbagai air juga ada. Apa yang pasti gerai macam cendawan tumbuh dengan pelbagai strategi pemasaran yang mereka lakukan. Mereka akan menamakan gerai mereka dengan nama yang unik. Ada tu siap dengan banner lagi. Itu belum lagi nama makanan samada nama kawasan, daerah, negeri malah nama sendiri. Samada ianya memang benar atau sahaja mereka guna nama terebut untuk tarik perhatian pembeli.
Aku ni pula bukan sahaja pergi ke bazar Ramadhan kerana untuk membeli juadah, malah suka tengok gelagat orang ramai dan penjual. Kadangkala terfikir di fikiran ini adakah hasil jualan mereka ni memang dapat sembutan atau sekadar dapat pulangan modal aje. Kalau cuaca panas mungkin air batu akan dapat sambutan dari orang ramai, tapi kalau cuaca hujan macam mana pula. Ada tu kadangkala sesuatu gerai macam tidak dapat sambutan. Persoalannya mengapa. Oleh itu penjual kena bijak memahami apa kehendak pembeli. Stategi pemasaran. Nasihat aku kepada peniaga di bazar Ramadhan jaga kebersihan, niat yang betul dan jangan menipu.
Namun yang paling aku suka ialah menyakat orang ramai tanpa diketahui. Macam mana tu. Aku suka kacau pasangan yang suka berpegang tangan ataupun kelompok yang ramai tapi jalan macam tiada orang lain di keliling. Kadangkala aku tersenyum sebab perbuatan aku itu menyebabkan pasangan yang berpegangan tangan terpaksa melepaskan tangan mereka buat sementara. Yang jalan berkelompok sambil berbual tiba-tiba mereka toleh ke belakangan adalah aku dan bukan kawan mereka. Haha.... jahatnya aku. Tapi yang paling aku marah bila tengok ibu bapa lebih sayangkan juadah di tangan dari anak kecil yang dibiarkan berjalan sendirian. Kalau dah kena culik baru nak menyesal dan melaung sekuat hati.
Kotak-kotak derma pasti akan banyak di bazar Ramadhan kerana orang ramai memang suka menderma untuk dapat ganjaran pahala. Malah insan yang kurang bernasib baik juga terlalu ramai tanpa mengetahui samada mereka memang benar kurang bernasib baik ataupun ada sindiket yang mengawasi mereka. Bagi aku walaupun siapa mereka, yang penting niat hati nak menderma. Samada benar atau bohong perbuatan mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui.
No comments:
Post a Comment