Friday 11 February 2011

Gaji Maksima

Hari ini pihak pengurusan memberi penerangan kepada setiap kumpulan kecil yang dimulai dengan senior staff (executive level) tentang cadangan untuk mengadakan gaji maksima mengikut gred seperti kerajaan.

Sebaik sahaja kumpulan kecil senior staff keluar dari bilik mesyuarat masing-masing menunjukkan muka masam atau tidak ceria untuk mengambarkan perasaan tidak suka ataupun tidak puas hati dengan tindakan syarikat. Masing-masing yang sudah sampai tahap gaji maksima ataupun hampir maksima seperti aku mula tidak ada semangat untuk kerja. Apa lagi masing-masing terus menghebohkan kepada staff lain atau kumpulan seterusnya supaya mereka bersedia untuk mengajukan soalan yang panas kepada pihak pengurusan.

Hari ini, sebaik sahaja waktu kerja berakhir aku dengan pantas meninggalkan pejabat hingga membuat beberapa orang staff tertanya-tanya. Bila mereka bertanya mengapa balik awal dengan lantang aku jawap "Gaji dah maksima, so hendak buat apa kerja rajin-rajin sebab gaji tidak akan naik pun".

Aku pun tak faham bagaimana perkara gaji maksima ini boleh timbul difikiran pihak pengurusan. Aku tahu ini semua mesti gara-gara si Taik dan kuncu-kuncunya yang tidak habis-habis mengipas atau lebih tepat membodek. Aku tidaklah nyatakan tidak bersetuju langsung dengan gaji maksima tetapi aku tidak bersetuju cara gaji maksima itu ditetapkan kerana ianya hanya menguntungkan kepada sesuatu pihak sahaja. Aku yakin jika gaji maksima ini diluluskan, pasti semua staff lama yang telah sampai gaji maksima tiada semangat untuk kerja. Manakala bagi staff baru yang tidak pandang ke hadapan pasti bersemangat tinggi tetapi suatu ketika nanti mereka akan rasakan apa yang kami staff lama rasainya hanya kerana gaji maksima.