Thursday, 29 January 2009

Borak Cuti Tahun Baru Cina

Sudah hampir seminggu aku berada di kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Walaupun bercuti sakan namun aku kerap juga menghadap laptop ini untuk membuat persediaan kerja sebelum bermulanya hari kerja pada minggu depan.

Hari semalam aku sempat ke sekolah lama aku untuk mengimbau kenangan silam. Aku sempat juga mengambil gambar bekas sekolah. InsyaAllah akan aku abadikan dilain artikel. Namun aku tidak pasti apakah gambar yang telah aku ambil dapat dikongsi bersama dengan pembaca. Maklum ajelah aku ini kadangkala kurang faham perkara teknikal seperti komputer atau kamera. Sebenarnya aku tersedar akan masalah bila aku cuba mengabadikan gambar semasa artikel "Sarapan".

Sepanjang aku berada di kampung selain daripada berehat sempat juga aku menambahkan berat badan. Hehehe... Aku tidak boleh melihat makanan sebab asyik nak makan aje. Kalau ke dapur atau meja makan mulalah tangan aku menyelongkar apa yang boleh dimakan. Ermm... macam manalah aku nak diet.

Pada 26hb Januari aku berkesempatan menghantar anak sepupuku bertandang untuk bersanding ke rumah pengantin lelaki. Sebenarnya sudah sebulan mereka bernikah.

Apabila bercerita tentang majlis perkahwinan ini aku ingin memohon maaf kepada kawan sekerja tetapi berlainan jabatan kerana tidak dapat menghadiri majlis persandingan beliau pada 31hb Januari di Johor Bahru. Ini adalah kerana tiket bas untuk aku pulang ke JB pada 1hb Februari yang telah aku beli sebulan yang lalu. Aku rasa terkilan juga sebab aku sering meminta bantuan beliau untuk menghantar barang ke rumah aku seperti hadiah "long service" memandangkan rumah kami berdekatan. Tetapi dalam keadaan ini aku tidak dapat menghadiri majlis bahagia beliau. Aku berharap beliau tidak berkecil hati dan akan memahami keadaan aku. Apa-apapun kepada Mohd. Najib Ali aku ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga akhir hayat.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Bila balik kampung segala kepayahan menahan naik berat badan memang selalunya hacur lebur. Kekadang tu heran jugak apasal la selera macam tak boleh di tahan-tahan bila kat kampung ni padahal bukan la lapar sangat.

Nampaknya kita kena mula balik start bulan Februari ni, Zuhairi. Masalah besar ni sebab seluar banyak tak padan beb.

hairie @ zm said...

Betul lah Kida. Koi rasa sedap je nak makan. Apa tidaknya 5 kali makan. Itu tak masuk makan jajan. Sebenarnya seluar koi pun dah sendat. Risau juga dgn seluar kerja. Huhu....