Monday, 19 January 2009

Cucu Saudara



Ini adalah cucu saudara kesayanganku. Yang besar tu namanya Muhammad Fairuz Ezzuan bin Mohd. Farid dan yang kecil tu pula Syafriezal Syafrie bin Ezani.
Fairuz yang dilahirkan dan menetap di Kuala Lumpur ini sekarang berusia 1 tahun 10 bulan. Fairuz ini kalau kita cakap dengan dia menggunakan Bahasa Malaysia atau Inggeris pasti dia faham. Maklum aje lah anak kelahiran Kuala Lumpur. Makanan kegemaran pasti coklat. Bapa dia orang Melaka bekas graduan ITM (DPA) dan ibunya pula tentulah orang Muar juga bekas graduan ITM (DIB).
Syafrie yang dilahirkan di Muar dan menetap di Melaka ini sekarang berusia 8 bulan. Aku dah lama tak jumpa beliau. Kali terakhir aku jumpa semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lepas. Bapa dia orang Muar dan ibunya pula orang Perak.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Mr. Postman..hehe ,

Asik main ngan cucu sedara je..bila nk main ngan anak sendiri plak ??...aku mmg looking fwd jer ni nk mkn nasi minyak ko...hehe

Aku balik Muo raya cina ni ada kenduri kawin..sepupu hubby aku..umur 50 tahun pompuan ( anak dara ) , dpt kontraktor kabo nyer..tapi hantaran bukan main lagi RM17,000/= serba satu tu.. kalah orang muda..

klu ko ada leh la jumpa ko kat mana2..

hairie @ zm said...

Cina ada raya ke? Hehe... Aku balik Muar lah pada hari Ahad. Nanti kita dating kat Tanjung Emas. Haha... Aje mengamuk hubby kau.