Wednesday, 30 December 2009

Annual Dinner Batal

Kecoh mengenai Jamuan Tahunan Syarikat sampai kemuncaknya. Kali ini 3 pihak iaitu AJK Annual Dinner 2009/2010, AJK Penasihat (Welfare and Receration Club) dan AJK Kesatuan Sekerja mengadakan perjumpaan.

Oleh kerana pihak pengurusan masih mahu meneruskan tender makanan dikendalikan oleh Hui Bin Restaurant yang diragui status halal, maka AJK Annual Dinner berhasrat untuk meletakkan jawatan. Manakala pihak AJK Kesatuan Sekerja membuat keputusan mengambil tindakan untuk mengeluarkan memo kepada pekerja tentang status makanan tersebut dan terserah kepada para pekerja samada untuk menghadiri jamuan tersebut atau tidak.

Para pekerja mula berbincang sesama sendiri dan masing-masing mula membuat pelbagai keputusan, pendapat, hujah dan bermacam-macam lagi. Aku malas nak masuk campur kerana tidak mahu memeningkan kepala kerana aku ada cara tersendiri untuk menghadapi masalah ini. Namun ada juga pekerja yang berkobar-kobar memberi pendapat yang merasa marah atas tindakan pihak pengurusan kerana tidak menghormati pekerja yang ramai beragama Islam. Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar tersenyum kerana mereka yang cakap berkobar-kobar itu sendiri selama ini banyak memalukan kami orang Melayu dan Islam.

Oleh kerana kekecohan berlaku, akhirnya waktu petang sebelum waktu kerja berakhir untuk tahun 2009 aku menerima berita dan emel bahawa Managing Director telah membuat keputusan untuk membatalkan Annual Dinner. Fuhhh... lega aku rasakan kerana tidak perlu untuk memikirkan lagi memandangkan sebelum ini pihak AJK Welfare dan Receration Club telah diarah untuk mengendali dan mengambilalih semula Annual Dinner seperti biasa.

2 comments:

enalsaria said...

kau x keja ke harini.... byk isu kau keluakan harini..... biasa time cam ni kau x menulis blog...awat jadi camtu....batal annual dinner..... kesian saper yag dah buat preparation ....especially baju

hairie @ zm said...

Syarikat cuti dari 31/12/2009 hingga 4/1/2010.

Pasal dinner tu dengar khabar ada surat layang ke MD bahawa ramai yg tidak akan datang kerana makanan diragui halal. Jadi MD kecewa kerana ada perbalahan, maka MD buat keputusan batalkan dinner.

Pasal baju tu ada juga pekerja production dah beli baju ikut tema.. kasihan...