Thursday 24 December 2009

Emel Si Budak Kecil

Semalam kami staf di Jabatan Accounts menerima emel dari si budak kecil. Alamak... si budak kecil ni sudah mulai tunjuk taring. Padan muka kami. Hehe....

Budak kecil meminta kami mengikut 4 peraturan yang perlu diikuti oleh staf Accounts.
1. Amalkan 5S.
2. Tiada panggilan telefon peribadi sewaktu kerja. Jika mustahak mesti jawap di luar pejabat.
3. Tidak boleh makan di pejabat.
4. Mesti memberi ucapan bila berjumpa seperti 'Selamat Pagi'.

Emel budak kecil ini pada mulanya untuk staf Accounts tetapi sekelip mata sahaja telah di "forward" kepada semua staff 'General Admin" seperti General Affairs, Personnel dan Education. Ermm... padan muka kau orang. Aku pasti tidak lama lagi akan heboh di dalam mesyuarat Ketua Jabatan. Tapi aku percaya perkara ini akan diikuti sebulan sahaja sebab biasalah macam peribahasa ketam mengajar anak supaya berjalan betul.

Apa-apapun aku menerima emel ini dengan fikiran positif sebab kita kerja makan gaji beb.

2 comments:

enalsaria said...

si budak kecil ni MD ke.... or Director

hairie @ zm said...

budak kecik ni AGM baru. Sekarang dah ramai AGM dan GM. MD tak kepoh tapi yang selalu kepoh ialah AGM dan GM yang terdiri Japanese dan Local.