Tuesday, 22 December 2009

Reunion ITM Pahang

Aku ada menerima emel dan juga membaca blog berkaitan untuk mengadakan reunion bekas pelajar-pelajar ITM Pahang. Idea ini dicetuskan oleh bekas pelajar-pelajar pelopor atau generasi pertama iaitu Januari 1985 memandangkan tahun 2010 adalah genap usia penubuhan ITM Pahang ke 25.

Walaupun idea ini sangat menarik tetapi kadangkala akan tercetusnya kontroversi. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa di dalam hal ini tetapi kadangkala kerana sebaris ayat atau sekadar pandangan akan terus dijadikan sesuatu isu yang besar. Namun apa yang dapat aku perhatikan sejak dari dahulu lagi majoriti pelajar Jan 1985 dan Jul 1985 memang tidak sehaluan di dalam banyak perkara. Apa yang lebih parah kalau ada segelintir orang yang suka mengambil kesempatan atau cuba mencurahkan minyak di dalam api yang hampir padam.

Sebenarnya kerana hasrat untuk reunion juga membuat ada seorang kawan yang berkecil hati dengan aku kerana kata-kata aku yang semakin laser. Ini semua tiada kena-mengena langsung dengan komen atau artikel yang terdapat di dalam blog lain. Oleh itu jangan salah sangka atau menuduh aku pula yang memberi komen membangkitkan sedikit kontroversi itu.

Oleh kerana tahun hadapan genap usia ITM Pahang 25 tahun, aku berharap generasi kedua ITM Pahang sessi Julai 1985 kursus Diploma Pentadbiran Awam (DPA) dapat membuat reunion.

3 comments:

lan kida said...

Salam ZM,
Bukan kontrovesi apa tu... koi memang setuju pandangan awak pasal batch Jan 85 dgn Jul 85 ni...payah nak ngam. Berbeza cara dan fahaman..

Anonymous said...

Salam ZM/Lan Kida

Sbb x ngam la nk di ngamkan...masa tu memasing muda belia lagi..nk tunjuk krek la kunun..darah muda cepat panas..lani sumer dh masuk senja..dah jadi mak apak pun..dah bole kawal emosi...Hidup Ni Singkat...apa nk di gaduhkan...Peace No War..Bak kata pepatah carik2 bulu ayam lama2 bercantum jua..Buang yg keruh ambil yang jernih..x gitu geng..Amik jalan untuk penyatuan bukan untuk pepecahan..Mungkin ini masa untuk kita jumpa dan bermaaf2fan...Wallahu'alam

hairie @ zm said...

Salam Anonymous, terima kasih atas komen tersebut. Harap begitulah dapat bersatu. Itu sebab saya lebih suka low profile.