Tuesday 21 July 2009

Surat

Hari ini aku menerima 2 pucuk surat dari majikan yang berlainan isi kandungannya. Setiap tahun di bulan Julai ini kebiasaannya aku akan hanya menerima satu surat sahaja.

Surat 1. Surat ini adalah surat yang biasa aku dan pekerja-pekerja menerimanya setiap tahun. Antara isi kandungan tertulis seperti ini,

"Please be informed that with effect from July 1st, 2009, your salary will be adjusted as follows".

Isi kandungan seterusnya tidak boleh aku pamerkan kerana biarlah rahsia. Walaupun kenaikan gaji tahun ini amat sedikit dalam sejarah, namun aku terpaksa menerimanya.


Surat 2. Walaupun beberapa minggu lalu sudah mula diperkatakan tentang surat ini namun hari ini aku menerimanya secara rasmi. Antara isi kandungan tertulis di dalam surat ini adalah seperti ini ,

"We are pleased to inform you that you have been selected for promotion to the position of ............... with effect from July 1st, 2009.

Upon your promotion, your basic salary shall be adjusted as below with immediate effect."

Itulah sebahagian dari kandungan yang terdapat di dalam surat ini yang isi kandungan selebihnya hanya untuk tatapan aku seorang sahaja. Sebenarnya surat berbentuk seperti ini yang terakhir pernah aku terima 9 tahun yang lalu.

4 comments:

lan kida said...

Salam ZM,
Tahniah..dapat naik pangkat...bertambah rezeki..bertambah la tanggungjawab yer. Semoga bertambah success dalam karier.

P/S: Bila nak belanja naik pangkat ni?

Anonymous said...

tahniah di atas kenaikan pangkat kau... setimpal dengan kerja keras kau selamanya ini.... bolehla belanja aku n famili makan ya... Once again ... congratulations

Anonymous said...

anonymous = zainal

hairie @ zm said...

Terima kasih Lan Kida dan Zainal. InsyaAllah kalau setakat belanja makan kat restoran tak bintang, no hal. Hehe...

Macam biasa bila dah naik pangkat beban kerja makin bertambah dan memenatkan. Macam mana tak kena darah tinggi. Hehe....