Hari ini adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia atau lebih tepat untuk katakan TAK NAK merokok. Aku bukanlah mahu perkatakan kebaikan dan keburukan merokok sebab aku rasa ramai orang telah tahu akan keburukannya. Oopss... ada kebaikan merokok ker? Teringat pula kata kawan aku semasa di ITM, Hussein kebaikannya sebab ada ramai kawan. Hahaha....
Kadangkala aku tengok juga gelagat orang yang merokok ini kerana aku sering dikelilingi oleh orang yang merokok. Berbagai-bagai gaya aku perhatikan namun yang kurang bajet terpaksa juga berkongsi rokok. Haha... Apa yang seronoknya merokok ini hanya mereka yang merokok sahaja yang tahu. Kata segelintir orang, tak macho kalau lelaki tak merokok. Tapi bagaimana pula kalau wanita yang merokok.
Walaupun berbagai cara telah dibuat oleh kerajaan seperti memapar amaran bergambar pada kotak rokok namun masih ramai yang tidak memperdulikannya. Malah fatwa tentang merokok pun tidak memberi kesan. Apa yang aku dengar kalau dah mulai merokok, maka jika ingin melaksanakan ucapan tak nak memang sukar dilakukan. Kata orang kalau tidak kuat iman maka perkataan "tak nak" itu hanya sekadar kata-kata sahaja.
Aku ada seorang adik angkat yang juga seorang perokok. Aku pernah menasihat beliau supaya berhenti merokok tapi beliau akan gelak sahaja. Suatu hari semasa dia sedang merokok aku sengaja meminta rokok dari bibir dia untuk mencuba merokok. Tapi dia tidak membenarkan aku merokok kerana dia kata kalau orang lain ingin mencuba dia benarkan tetapi kalau aku, dia tidak benarkan.
Selepas peristiwa itu aku gembira bila dia beritahu telah berhenti merokok. Kalau tidak silap aku sebulan selepas itu dia merokok kembali. Namun yang membuat aku tersenyum apabila dia hendak merokok pasti dia akan menyorok dari pengetahuan aku. Pernah terjadi semasa dia sedang merokok dan terus menyorok rokok tersebut apabila dia nampak kelibat aku. Haha.. Entah macam mana suatu hari dia terpaksa menghentikan lakonan tersebut dan berterus terang memberitahu bahawa dia sudah kembali merokok. Sebenarnya dia takut aku membebel kat dia. Namun sekarang aku tidak pasti samada dia telah melaksanakan perkataan TAK NAK merokok atau sekadar membaca dan menyebut sahaja.
3 comments:
Salam Zuhairi,
Topik yang menarik. Bab rokok rasanya pernah juga saya cerita dalam blog budiMaN. Memang di akui merokok ni banyak membawa keburukan.
Cuma saya rasa setiap perokok harus tahu bahawa mereka sajalah individu yang membayar cukai kepada kerajaan setiap hari melalui setiap bungkus rokok yang dibeli. Perokok adalah penyumbang utama kepada kerajaan untuk pembangunan negara. Bayangkan berapa bungkus rokok yang dijual setiap hari dan berapa hasilnya kepada kerajaan. Saya rasa tak kurang dari RM10 juta sehari dan kali 30 hari bermakna kerajaan memperolehi RM300 juta dari perokok ( itu kiraan cukai RM4 sebungkus dharab dengan 2 juta perokok di Malaysia). Bermakna perokok menyumbang lebih dari RM3.6 billion setahun kepada kerajaan untuk pembangunan negara dan perbelanjaan kerajaan.
Apa jadi kalau semua perokok di Malaysia berhenti merokok? Saya rasa giler meroyan Menteri Kewangan nak cari RM3.6 billion beb.
Jadi pertanyaan saya, ikhlaskah sebenarnya kempen kerajaan supaya perokok berhenti merokok? Tidak sekali-kali. Kes naya beb. Sebenarnya kerajaan lebih suka ramai yang merokok...Masyukkk.
Jadi sebab itulah apabila saya pernah berbual dengan seorang Timbalan Menteri Kesihatan, saya syorkan agar perokok menikmati keistimewaan ditempatkan di Wad Kelas 1 VIP di Hospital Kerajaan. Alasannya kami sahaja individu yang selain dari membayar cukai pendapatan setiap tahun adalah penyumbang kepada cukai harian kepada kerajaan setiap hari tanpa henti-henti.
Istimewa tak perokok sebenarnya?
what is your opinion, kalau perempuan yang merokok...
Salam Kida, memang koi tidak dapat nafikan apa yang awak perkatakan. Tu sebab koi kata hanya org yg merokok aje tahu jawapannya.
Zainal, aku tak naklah komen ttg org perempuan ni merokok. Itu hak masing-masing tetapi mungkin agak kurang manislah. Tetapi dunia dah moden dan semua itu sudah tidak menjadi isu lagi.
Post a Comment