Aku sebenarnya sudah lama ingin menulis artikel berdasarkan kepada sajak yang pernah ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed iaitu Melayu Mudah Lupa. Ini sebenarnya berkaitan pengamatan sekeliling aku sejak kebelakangan ini atau lebih tepat kehidupan yang aku lalui sejak kebelakangan ini.
Apabila aku membuka akhbar hari ini membuat hatiku lebih semangat untuk meneruskan tulisan mengenai artikel ini. Aku kesal dengan politik hari ini apabila ada pihak yang mahu pihak kerajaan membenarkan bekas Setiasusaha Parti Komunis Malaya (PKM) kembali semula ke Malaysia. Apa yang membuat aku terguris apabila pihak yang dimaksudkan adalah orang Melayu sendiri. Mengapakah kerana agenda politik semua ini boleh berlaku. Manakala di artikel lain pula ada satu laman blog tentang pungutan suara yang telah pun dikeluarkan dari blog itu yang mahukan salah satu dari komponen dalam BN keluar dari parti tersebut. Selain daripada itu cadangan Presiden Pas mahu kerajaan perpaduan UMNO-Pas sendiri mendapat tentangan pemimpin Pas yang lain. Mengapa semua ini boleh berlaku? Inilah akibatnya kalau Melayu Mudah Lupa.
Aku bukan mahu melibatkan hal politik di dalam artikel ini tetapi sekadar ingin berkongsi cerita tentang apa yang aku dengar, rasakan, alami dan melihat sendiri yang berlaku di depan mata aku sendiri. Aku tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi cuma hendak melahirkan keksesalan sahaja. Apa-apapun aku memohon maaf terlebih dahulu jika artikel ini boleh menyinggung perasaan pembaca terutama kawan-kawan yang berada disekelilingku.
Aku tidak faham mengapa ada segelintir orang Melayu akan merasa diri mereka hina atau hamba abdi jika diminta oleh orang Melayu sendiri membuat sesuatu kerja tetapi menganggap itu adalah tugas jika diminta oleh orang lain. Mengapa kita sering mengatakan itu adalah takdir yang sudah ditetapkan jika kita dibantu oleh bangsa sendiri dan tidak perlu untuk berterima kasih tetapi merasa bangga dan terus berterima kasih apabila dibantu oleh orang lain. Adakah memang itu juga ditakdirkan orang Melayu tidak perlu untuk mengenang jasa atau berterima kasih kepada orang Melayu?.
Mengapa aku lihat orang-orang Melayu terlalu berkira untuk membantu sesama Melayu. Sejak dari sekolah dahulu aku perhatikan terlalu sukar untuk aku memasuki kelompok bangsa aku sendiri. Apa yang aku sering terima ialah satu penghinaan atau kutukan. Mengapa semua ini perlu berlaku. Namun aku kadangkala bangga dengan Melayu Kelantan. Walau di mana mereka berada tetapi kalau mereka bertemu walaupun masing-masing dari daerah yang berlainan pasti mereka boleh membina ikatan persahabatan.
Selain daripada itu aku amat kesal jika ada orang Melayu sanggup jatuhkan orang Melayu sendiri. Adalah perkara yang tidak bermoral atau memalukan bangsa sendiri jika sanggup mencerca atau memburukkan bangsa sendiri di depan orang lain. Walaupun kita ada kepentingan sendiri maka tidak perlulah sanggup mengadai maruah hingga membuat bangsa kita sendiri terduduk tanpa dapat bangkit semula. Apakah segelintir orang Melayu akan merasa puas dengan cara ini? Itulah hakikat yang perlu kita terima kalau Melayu mudah lupa.
Aku juga perhatikan begitu mudahnya orang Melayu lupa tentang keikhlasan berkawan. Mengapa aku perhatikan orang Melayu hanya akan ikhlas berkawan sesama bangsa hanya kepentingan sesuatu. Inilah yang sering berlaku pada diriku sendiri sering menjadi mangsa kepada berkawan bukan dari sikap yang ikhlas. Kadangkala aku sering menjadi mangsa dengan bangsaku sendiri seperti kata perpatah sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi.
Itulah hakikatnya orang-orang Melayu yang sering berada di sekelilingku mudah lupa bahawa apa-apapun drama atau lakonan yang kamu pentaskan, aku telah tahu jalan ceritanya. Jangan jadi Melayu Mudah Lupa kerana jika kamu pelakon Melayu terbaik, maka aku juga adalah penulis skrip dan pengarah Melayu terbaik. Apa-apapun aku ingin mengingatkan diri sendiri supaya tidak menjadi Melayu Mudah Lupa.
1 comment:
Salam ZM,
Satu lagi topik menarik.
Dalam dunia ni, pada saya kita boleh bahagikan kepada 6 jenis rumpun bangsa. Antaranya :
1. Rumpun bangsa Inggeris (mat saleh la kiranya)
2. Rumpun bangsa Afrika ( Negro termasuk la geng orang asli )
3. Rumpun bangsa Arab
4. Rumpun bangsa India
5. Rumpun Bangsa Cina ( kiranya dari Siam sampai ke Jepun la - geng makan b**i ni)
6. Rumpun bangsa Melayu
Kalau mengikut sejarah dan kita lihat dari senarai rumpun bangsa tadi, kita boleh lihat rumpun bangsa yang paling mundur dan tidak pernah membuat sebarang pencapaian baik dari zaman dahulu kala sehinggalah sekarang... rumpun bangsa Melayu lah.
Rumpun bangsa Melayu tidak pernah menjajah bangsa lain, rumpun bangsa Melayu tidak pernah keluar berdagang mengelilingi dunia dan rumpun bangsa Melayu tidak pernah melahirkan seorang pun yang mampu mengubah sejarah dunia.
Rumpun bangsa Melayu adalah sekelompok manusia yang hanya bermegah di kelompoknya sahaja. Rumpun bangsa Melayu tidak berani merantau jauh, meredah ombak laut luas sehingga ke Amazon atau ke Machu Pichu. Rumpun bangsa Melayu hanyalah sekelompok manusia yang amat selesa berlegar di sekitar kelompoknya sahaja dan menindas sesama sendiri untuk berkuasa. Sejarah telah membuktikannya.
Rumpun bangsa Melayu adalah sekelompok manusia yang amat penakut untuk berhijrah jauh, berhijrah minda dan mengubah nasib rumpun bangsanya sendiri. Rumpun Melayu selesa dengan diri sendiri dan tidak mahu bersusahkan badan demi anak cucu dengan mengadakan asas-asas dari keperihan dan pepayahan merantau, berhijrah, berinovasi dan menobatkan bangsa Melayu di bumi orang.
Rumpun bangsa Melayu amatlah lemah dalam persaingan dan hanya berharapkan usaha cepat mendatangkan kemewahan dan kesenangan untuk diri sendiri tanpa memikirkan akibat kepada anak cucunya nanti. Katanya..masa ini masa mereka...akan datang..pandai-pandailah untuk hidup.
Sekadar pandangan.
Post a Comment