Thursday, 14 May 2009

Satar


Satar ikan adalah makanan yang berasal dari Pantai Timur iaitu Kelantan yang menjadi makanan kegemaran aku.



Bahan yang digunakan untuk membuat satar ikan ialah ikan segar terutama selayang selain kelapa, bawang, lada dan beberapa bahan lain. Satar ini akan dibungkus dalam daun pisang supaya membangkit aroma ketika dibakar dengan arang. Satar yang dibakar secara kaedah tradisional iaitu dengan menggunakan arang adalah lebih enak berbanding teknik pembakaran moden.



Kalau di pantai timur satar ini dijual pada harga RM 1.50 sebatang yang mengandungi empat bungkus. Manakala di Kuala Lumpur dengan kuantiti yang sama ianya dijual pada harga RM 2.00. Ia berbeza di Johor Bahru, satar dijual pada harga RM 2.00 sebatang yang mengandungi tiga bungkus sahaja namun dijual pada harga RM 5.00 tiga batang.

1 comment:

LaN KidA said...

Salam Zuhairi,
Sata ni favourite koi jugak. Tapi sata paling best sekali koi rasa ada di 2 tempat.

1. Sata Sg Gau Temerloh Pahang
2. Sata di sebuah gerai kampung kat Kuala Kemaman masuk ikut masjid Kemaman lepas tu belok kiri dalam kawasan kampung.

2 tempat ni sata dia pure ori tak campur dengan tepung atau kelapa banyak sangat. Sata ni kalau koi makan...sorang RM10 pun tak kenyang lagi...haha