Wednesday, 29 April 2009

Fixed Cost

Semalam abang cik memberitahu ada perubahan berkaitan pengiraan 'fixed cost' yang disarankan oleh Giant. Adalah menjadi kelaziman aku bila menerima sesuatu arahan atau perubahan sesuatu kerja pasti berbagai soalan yang akan aku kemukakan. Kalau orang yang tidak memahami perangai aku pasti akan fikir aku sengaja buat propa, banyak songeh atau sengaja ingin membantah segala keputusan pihak atasan.

Apa yang pasti abang cik akan cuba menerangkan dan menjawab apa jua yang aku soal setakat yang dia sendiri faham. Tetapi lagi mendalam aku menyoal atau pertikaikan kadangkala membuat beliau terfikir sejenak untuk mencari jawapan. Manakala sikap aku yang kepala batu ini selagi aku tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan maka memang sukar untuk aku menjalankan tugas tersebut. Inilah akibatnya bila tiba waktu kenaikan gaji, bonus atau pangkat pasti nama aku tidak akan tersenarai dengan alasan suka membantah.

Apabila abang cik tidak dapat menjawab segala persoalan aku sudah pasti jalan terbaik yang dia lakukan dengan berbalas emel kepada Giant. Kalau dahulu senanglah menggunakan bekas staff bernama Yana untuk menjadi orang tengah. Masalahnya kalau ayam dan itik berbalas emel pastilah dua bahasa yang berlainan kefahaman akan keluar. Akhirnya abang cik cuba membuat formula sendiri untuk membuat pengiraan 'fixed cost' seperti yang dikehendaki oleh Giant.

Sebenarnya semenjak kedatangan Giant berbagai cadangan merepek yang cuba ditampilkan yang kadangkala aku merasakan Giant sendiri tidak tahu apa yang dibuat. Apakan tidak nanti format yang disarankan pasti akan sentiasa berubah dan yang paling membuat aku naik angin bila dia akan tanya mengapa atau yang siapa yang suruh mengubah format tersebut. Itu sebabnya perangai aku ini selagi tidak ada memo atau bukti pasti aku akan banyak songeh.

Apa yang pasti setakat hari ini belum ada kata putus format baru pengiraan 'fixed cost' kerana abang cik belum berbincang atau menunjukkan cara kepada Nobita dan Giant. Inilah kerana Giant tu sebenarnya hanya pandai cakap sahaja tetapi hakikatnya beliau sendiri tidak tahu mengolah apa yang dia mahukan. Apa yang pasti Giant sering mengatakan 'local staff' tidak pandai tetapi hakikatnya bangsa dia sendiri yang tidak pandai dan sengal....

No comments: