Apa istimewanya kek. Aku sebenarnya memang suka makan kek. Apa juga jenis kek asal halal memang aku belasah je, cuma kek buah ni aku kurang sedikit berminat namun tetap juga makan mungkin kuantiti yang sedikit sahaja. Adalah menjadi kebiasaan segelintar masyarakat suka menghidangkan kek untuk meraikan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan.
Apa pula pentingnya angka atau nombor. Sebenarnya macam-macam boleh dikaitkan tetapi jangan salah digunakan dengan sesuatu nombor itu. Kalau orang yang suka berjudi memang sesuatu nombor menjadi sinonim dengan mereka. Manakala bagi orang yang terlibat di bidang kewangan seperti aku ini pastilah hari-hari akan menghadap dengan nombor ataupun angka sahaja.
Tarikh pula sering dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Hari ini pula bertarikh 23 April. Apa yang pentingnya tarikh 23 April ini? Ada sesetengah orang menganggap tarikh 23 April amat penting di dalam kehidupan mereka. Namun ada juga merasakan bahawa tarikh 23 April tiada yang menarik di dalam kehidupan dan hanya sekadar salah satu tarikh di dalam bulan April.
Persoalannya mengapa aku cuba kaitkan kek, angka atau nombor dan tarikh ini. Sebenarnya kek, angka 44 dan tarikh 23 haribulan amat bermakna di dalam hidupku. Apa-apapun aku tetap bersyukur kerana masih mampu untuk menulis di dalam Dairi Hairie.
4 comments:
Selamat ulangtahun ke 44... moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Salam,
Selamat Hari Lahir Zuhairi. Ekau pun dah 44 samo macam den.
Terima kasih Zainal dan Lan Kida
Hi Mr Postman ,
Hari ni baru la aku tau tarikh lahir ko setelah 24 tahun ko jadi bopren aku..kehkeh...apa nyer mak we daaaa...
So hepi belated besday moga panjang umur murah rezki n cepat2 bertemu jodoh ek...cak pung cak pung...
Post a Comment