Friday, 17 April 2009

Susun Meja

Semasa aku balik dari sembahyang Jumaat kelihatan staff perempuan sedang mengemas untuk menyusun kedudukan meja di pejabat. Selepas aku menukar kasut aku terus bertanya kepada Ketua Jabatan perihal mengemas dan menyusun semula kedudukan meja staf. Ketua jabatan tidak dapat memberi jawapan. Sebenarnya sejak dari minggu lepas sudah ada ura-ura penyusunan semula meja tetapi asyik tertangguh aje.

Apabila Giant bertanya pasal alih meja, Nobita kata cuma kawasan tertentu dahulu. Aku pun pelik mendengarnya. Yelah kalau nak susun meja mengapa hanya satu meja sahaja padahal setahu aku perancangan banyak meja kena susun semula. Oleh kerana tidak mendapat arahan aku terus menyiapkan kerja yang telah diarahkan oleh staf Japanese yang baru. Kalau aku menyibukkan pasti orang tidak suka atau kena marah kerana tidak menyiapkan kerja.

Tiba-tiba staf Maintenance datang dengan segala peralatan untuk membuat dan membetulkan hal-hal yang berkaitan. Makluman ajelah konsep 5S maka segala pendawaian mesti tersusun kemas dan rapi. Aku terpaksa akur dengan menutup komputer dan mengalih meja seperti perancangan yang dimaklumkan kepada aku pada minggu lepas. Kadangkala bengang juga aku bila ada seorang dua tu yang meja mereka tidak terlibat buat bodoh aje kerana enggan membantu. Patutlah tuttttttt.... makin tembam.

Tetapi aku agak pelik bila melihat susunan meja pada hari ini kerana ia berbeza sedikit dari perancangan yang diberitahu kepada aku. Aku malas hendak bertanya atau mempertikaikan mengapa ianya berbeza seperti yang diberitahu kepada aku pada Sabtu lepas. Aku terus mengalihkan meja yang diarahkan pada hari ini. Sementara menanti staff Maintenance membetulkan pendawaian aku terpaksa ke Jabatan IT untuk menyiapkan data atau kerja yang diarah pada hari ini.

Setelah segala susunan meja dan pendawaian berakhir aku terus tersenyum dan berfikir disebalik kejadian pelik cara susunan meja ini. Aku rasa mesti ada sebab mengapa Nobita menukar perancangan awal cara susunan meja. Itu pendapat aku tetapi tidak tahulah kalau pemikiran aku itu silap. Aku rasa tidak perlulah aku menyatakan pemikiran aku ini, namun kalau kawan sekerja yang faham mungkin mereka juga sependapat dengan aku.

Kini susunan meja adengan kemas-mengemas telah berlalu sesuai konsep 5S. Walaupun susunan meja ini ada sedikit kesukaran kerana akan lebih kedengaran suara aku memanggil atau mencari staff lain namun aku perlu akur. Apakah susunan meja ini akan kekal atau hanya sementara jika Nobita dan Giant merasa pelik melihatnya atau Nobita sedar namun terpaksa menerimanya kerana alasan tertentu seperti dalam pemikiran aku. Apa-apapun tunggu dan lihat dan jangan lupa fikir-fikirkanlah.

2 comments:

Z's Family said...

kat department kau tu... melayu berapa org..... giant & nobita tu orng cina ke.... Chin n Yong masih ada lg ke.

hairie @ zm said...

Sekarang Melayu ada 2 orang sahaja iaitu seorang Senior staff dan seorang Junior staff. Pasal sapa tu Giant dan Nobita biarlah menjadi rahsia department kami. Manakala jawapan ketiga tu yup, mereka masih ada lagi dan seorang lagi tu kan dah jadi Diretor tau bersama ex-boss kau.