Monday, 27 April 2009

Tension

Hari ini aku terpaksa menghadiri kursus 'Auditor 5S'. Aku sebenarnya malas hendak menghadiri kursus ini tetapi oleh kerana nama aku tersenarai sebagai salah seorang auditor maka terpaksalah juga. Aku kadangkala merasa tension kerana nama aku sering sahaja disenaraikan dalam apa jua perkara yang dijalankan di tempat kerja.

Aku bukanlah tidak mahu berkerjasama atau mencari alasan kononnya banyak kerja tetapi sebenarnya merasa tidak puashati memandangkan ramai lagi staf yang boleh mengalas tugas ini tetapi kenapa nama aku juga yang muncul. Aku kadangkala merasakan orang yang sering mencadangkan nama aku ini sebenarnya memang tidak mempunyai akal fikiran. Itu sebabnya jika ada sebarang aktiviti aku sering mengelakkan untuk menghadiri mesyuarat kerana tidak mahu nama aku tersenarai sebagai ahli jawatankuasa (AJK). Apa salahnya beri peluang kepada orang lain yang sering tidak berfungsi dan hanya duduk dalam zon sendiri.

Aku sebenarnya telah lama terlibat sebagai AJK Welfare & Receration Club, Setiausaha AJK Kantin dan ahli Lembaga Siasatan Dalaman (Dosmetic Inquiry). Kini aku diberi tanggungjawab wakil keselamatan jabatan jika ada berlaku kebakaran dan yang terbaru dilantik auditor 5S. Apa yang membuat aku tension bukan sahaja terpaksa membuat audit malah terpaksa membuat laporan auditor 5S setiap bulan. Ini bermakna aku juga terpaksa membuat minit mesyuarat Kantin memandangkan ianya terlibat dalam 5S.

Aku bukannya tidak mahu terlibat dalam auditor 5S tetapi aku merasakan tidak tergalas dengan tugas baru memandangkan aku kini semakin sibuk dengan kerja-kerja jabatan memandangkan aku harus menumpukan sepenuh perhatian dalam menyiapkan data 'Material Cost' bagi semua model pada setiap minggu. Tambahan pula sekarang pihak Management mahukan data yang lengkap bagi setiap model dan bukan sekadar boleh 'estimate' berdasarkan kepada satu warna atau 'version' seperti yang dibuat sebelum ini. Aku mahu mengelakkan kesilapan memberi maklumat seperti yang pernah terjadi pada bulan lepas. Aku bernasib baik kerana menyedari kesilapan tersebut dan data tersebut pula bukannya data 'final' laporan walaupun HQ di Japan dah kecoh.

Sebaik sahaja selepas selesai kursus hari ini apabila abang Cik pergi mesyuarat si Giant pula asyik bertanya kepada aku mengenai 'fixed cost'. Tension aku dibuatnya. Kalau abang Cik yang buat maka tanyalah dia dan mengapa pula aku ditanya walaupun abang Cik dapat maklumat 'fixed cost' dari aku. Aku sebenarnya tidak tahu 'fixed cost' yang mana satu abang Cik gunakan memandangkan terlalu banyak data yang diminta dari aku. Macam manalah aku tidak tension bila berhadapan dengan keadaan seperti ini.

4 comments:

lan kida said...

Salam,
Kesian Zuhairi...bawak bersabor bang... keroja makan gaji gitu la.. tu kira awak ni jenis sabor jugak la.... kawan sebab tu lama dah blah...jenis tak berapa nak sabor... tapi sabor ni ada berkatnya nanti... tunggu je la.

hairie @ zm said...

Ada masa koi naik angin juga. Terpaksa hadapi sebab tiada bakat nak buat business macam awok. Dulu buat pelaburan business kononnya kalau berjaya bolehlah resign tapi apa nak dikata kena tipu dengan kawan baik. Huhu..

Mus_Astley said...

Fuh... pedas, pedas...
Tak baik tauu.. Kawan tetap kawan; jangan diungkit perkara silam.

hairie @ zm said...

Aku tak ungkitlah Muslim cuma sekadar memberitahu mengapa aku masih bertahan bekerja di tempat lama walaupun aku sebenarnya tension.

Aku masih menganggap si polan tu kawan. Kenapa? Tak percaya? Tunggu artikel akan datang.