Tuesday, 14 April 2009

Buah Mangga

Ada orang panggil buah mangga, ada juga orang memanggilnya buah asam dan ada juga yang panggil ia buah mempelam. Bagi aku pula apa juga sebutannya semuanya sama dan aku lebih selesa memanggilnya buah asam.
Semasa balik kampung aku melihat di sekeliling rumah buah asam begitu banyak di pokok. Inilah sebahagian pokok buah-buahan yang ditanam oleh arwah abah untuk anak cucu cicitnya.
Kadangkala kami sekeluarga tak larat untuk memakannya dan sering juga berkongsi dengan jiran, saudara mara dan sahabat handai. Ada juga yang meminta buah asam itu untuk dibuat jeruk. Sebenarnya ada berbagai-bagai buah asam yang ditanam dirumah aku tetapi jangan sesekali ditanya aku nama buah tersebut kerana aku tidak tahu. Haha....

Kadangkala apabila dah terlalu banyak dan terbiar begitu sahaja maka hasilnya buah asam itu akan jatuh ke tanah.

3 comments:

Mus_Astley said...

sedapnyaaa.... kasi la sebakul.

Z's Family said...

kalau kau balik kamong bawak balik sini.... boleh kau bagi aku....

bila aku tengok gambar pokok tu.... aku teringatkan arwah bapak aku yang byk tanam pokok buah-buahan...... menjadikan aku begitu rindu padanya...

hairie @ zm said...

Muslim, jangan kata sebakul malah satu bonet myvi kau pun aku boleh penuhkan. Hehe...

Zainal, bukan aku tak nak bawakan buah asam tu tapi maklum ajelah kalau orang naik bas turun bas kan.

Sebenarnya itulah yang kerap dibuat oleh bapa kita suka menanam buah-buahan ditanah pusaka. Arwah abah aku suka sedekah buah-buahan kat orang atau hantar kat surau. Selain buah asam depan rumah aku ditanam dengan rambutan merah & kuning, manggis, duku, kelapa dan durian yg pernah sekali aje berbuah.