Sunday, 19 April 2009

Malam Bergelap

Malam tadi sudah dua malam berturut-turut penghuni apartment di tempat aku tinggal bergelap kerana ketiadaan elektrik. Bengangnya aku. Aku sendiri tidak tahu apa nak buat dengan keadaan yang gelap dan kepanasan.

Nasib baik aku ada menyimpan lampu yang ada kipas kecemasan ala-ala "2 in 1". Malam pertama (ooopss... jangan salah maksud ye) bekalan elektrik terputus agak lama juga. Kalau tidak silap aku bermula lebih kurang jam 8.00 malam. Aku yang tidak tahu nak buat apa mula tidur jam 9.00 malam. Tetapi bila dah tidur awal bukan masa kebiasaan maka pasti akan terjaga. Bila melihat jam rupanya baru jam 11.00 malam. Aku terus tak boleh tidur. Lebih kurang jam 11.30 malam kawan sekerja dan juga tinggal di apartment yang sama iaitu Najib telah sms bertanyakan keadaan elektrik. Dia dan isterinya rupanya berada berada di Danga Bay. Aik... honeymoon kat Danga Bay ker. Hehe.... Lebih kurang jam 12.00 tengah malam bekalan elektrik disambung semula dan aku terus berjaga hingga jam 3.00 pagi dengan menonoton televisyen.

Malam tadi sekali lagi bekalan elektrik terputus lebih kurang jam 7.30 malam sebaik sahaja aku aku selesai makan malam. Bengangnya. Apa yang aku mampu hanya berdiam sahaja sambil berbaring. Tetapi kali ini agak bernasib baik kerana bekalan terputus hanya lebih kurang 1 jam sahaja.

Nampak gayanya hari ini aku terpaksalah mengosok pakaian kerja lebih awal. Manalah tahu nasib kurang baik tetiba malam ini sekali lagi bekalan elektrik terputus dan terpaksalah aku ke tempat kerja dengan pakaian tidak bergosok. Jangan cari pasal kerana seumur hidup aku bekerja belum pernah sekalipun aku ke tempat kerja memakai pakaian yang belum bergosok atau pakaian yang sama seperti hari semalamnya walaupun pakaian kerja adalah pakaian seragam atau uniform. Apa yang pasti pakaian kerja aku dari atas ke bawah mestilah ditukar hari-hari dan bergosok.

2 comments:

Z's Family said...

najib tu... yang dulu kawan ngan adik Zainodin tu ke.... dia baru kawin ke.....

hairie @ zm said...

Yup.. bukan sahaja dia berkawan dgn adik Zainodin malah ramai lagi termasuklah sepupu Zainodin tu sendiri. Kenapa? Tak percaya? Hehe..
Kan aku ada cerita sedikit pasal hari perkahwinan dia pada artikel bulan Januari hari itu iaitu "Borak Cuti Tahun Baru Cina".