Wednesday 17 December 2008

Terima SMS

Sewaktu aku menulis artikel "Kawan" aku menerima sms dari seseorang yang bertanya "Nape x update?". Aku jawab "Tengah update. Semalam komputer buat hal".

Siapakah dia? Dia ini adalah salah seorang kawan, sahabat dan yang sewaktu dengannya yang begitu rapat dengan aku semasa di ITM dulu. Aku pasti ramai kalangan kawan-kawan di ITM boleh agak siapakah gerangannya. InsyaAllah, mungkin aku akan buat satu artikel tentang beliau.

Alamak.... aku dah hebohkan tentang bahan artikel aku akan datang. Hehe.... Tunggu....

4 comments:

fendi said...

Assalamulaikum, Hairie

Tulis dan hantarlah gambar....boleh kita kongsi tengok bersama.....selamat datang ke alam blog....

hairie @ zm said...

Siapa pun anda Fendi terima kasih diucapkan kerana sudi membaca blog yang baru ini. InsyaAllah pasti suatu ketika akan diletakkan gambar yang perlu. Maklum aje ini dunia baru dan kesibukan masa untuk mempelajarinya.

fendi said...

laa....dia dah tak ingat kita....yek...

hairie @ zm said...

Sori ye Fendi. Ingatlah. Siapa yang tak kenal Pendita kan. Ingatkan fendi mana yang sudi berkunjung blog ini. Hehehe...