Wednesday, 17 December 2008

Kawan

Kawan adakala boleh membuatkan kita bahagia tetapi adakala ia juga boleh membuatkan kita sengsara. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada kita untuk berkawan dengan siapa pun.

Aku sebenarnya sejak dari sekolah lagi tidak mempunyai ramai kawan rapat terutama kaum Melayu. Aku sendiri kadangkala tidak faham mengapa aku lebih selesa berada di kelompok kawan-kawan Cina ataupun India. Ini tidaklah bermakna aku tiada langsung kawan Melayu tetapi cuma hanya beberapa orang sahaja.

Aku mula rapat dengan kawan-kawan Cina bila aku bersekolah di Sekolah Menengah Sri Muar sehingga terbawa-bawa ke Sekolah Tinggi Muar. Kalau aku ada masalah dengan matapelajaran Matematik, Kimia, Biologi ataupun Fizik mereka dengan sukarela mengajar aku. Masih aku ingat sewaktu di tingkatan 5 bila cikgu ingin memilih semula Penolong Ketua Kelas aku terpaksa bertanding dengan Penolong Ketua Kelas yang lama. Aku menang dengan majoriti yang terlalu kecil. Aku mendapat undian 100% dari kawan-kawan Cina dan hanya 2 atau 3 orang sahaja kawan-kawan Melayu. Aku sebenarnya memang tidak berminat dengan jawatan ini tetapi kawan-kawan Cina yang mencalunkan nama aku. Aku cuma terkilan bila dapat tahu ada kawan-kawan Melayu yang baik dengan aku sendiri tidak memilih aku. Tetapi aku tidak kisah pun tentang hal ini.

Aku sendiri tidak tahu adakah aku ni tidak mesra alam? Namun begitu berkawan dengan kaum Melayu dan Cina memang banyak perbezaan. Bagi aku terpulanglah kepada orang lain dengan siapa mereka hendak berkawan. Walaupun kadangkala aku tidak disenangi oleh segelintir kawan-kawan Melayu kerana keakraban aku dengan kawan-kawan Cina namun aku tidak peduli. Aku bukan tidak mahu berkawan rapat dengan kawan-kawan Melayu tetapi mereka yang macam menjauhkan diri dari aku.

Namun begitu aku masih ada kawan-kawan Melayu semasa di sekolah dulu cuma bilangannya tidaklah ramai. Ermmm... pada 09/12/2008 yang lepas tanpa aku duga terserempak dengan salah seorang kawan Melayu yang rapat dengan aku sewaktu di tingkatan 4 dan 5 iaitu Zulkarnain Mustapa di Muar. Terima kasih Zul kerana masih mengenali aku walaupun kau lupa nama aku. Hehehe... Aku rapat dengan Zul ni pun bila dia tahu sepupu aku berkahwin dengan mak saudara dia.

Sebaik sahaja kau melangkah ke IPTA iaitu di Institut Teknologi MARA bermulalah espisod aku mempunyai kawan-kawan Melayu. InsyaAllah suatu ketika nanti di lain artikel aku akan menceritakan kenangan aku bersama-sama mereka.

Aku tahu mungkin ramai yang marah bila membaca artikel aku ini, tetapi ini adalah realiti dan perlulah menerima hakikatnya. Kalau ada yang tersinggung aku memohon maaf aje. Walau bagaimanapun aku tetap menghargai kawan-kawan aku tanpa mengira kaum walau di mana jua anda berada.

2 comments:

aifa99 said...

Aslm & hello mr.hairie...akhirnya baru hari ni aku dpt visit blog ko..jgn marah aaa...aku ni bz memanjang..Anyway, tahniah sbb berjaya merealisasikan blog ni..
Aku masa sekolah dulu pun ramai gak kawan2 Cina & India ni..tak caya, tanya Shimah..Actually seronok berkawan dgn they all ni..banyak perkara boleh belajar sebab budaya & cara berfikir mereka berbeza dgn kita..Cuma bagi Rambo, tak kira bangsa apapun kawan-kawan kita ni, yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan...betul tak??

hairie @ zm said...

Terima kasih Farah. Ingatkan tak sudi nak beri support kat blog aku ni. Hehe...