Semasa di kampung sedang aku asyik membaca berita-berita di akhbar tentang perkahwinan Artis Paling Popular di Malaysia, Mawi maka aku terpandang berita tentang seorang kanak-kanak di sebuah negeri di Malaysia melarikan diri kerana takut berkhatan ataupun bersunat. Aku tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi berita itu sebenarnya membuatkan aku tersenyum dan teringat akan peristiwa yang lampau.
Kalau dahulu seperti menjadi kelaziman kanak-kanak lelaki Islam yang berusia 12 tahun akan melalui peristiwa berkhatan ini. Tetapi sekarang amat berbeza kerana tidak semestinya menunggu usia 12 tahun baru akan berkhatan kerana ada yang lebih muda dari usia 12 tahun juga telah berkhatan.
Berbalik kepada peristiwa yang ingin aku ceritakan ini berkisah kepada perkara yang terjadi pada hari aku nak bersunat (istilah sekarang berkhatan). Sehari sebelum aku bersunat, jiran aku iaitu abang Zainal yang juga tukang sunat di Hospital Muar bertanya betul ker aku nak bersunat hari esoknya. Aku mengangguk kepala sambil tersengih.
Pada hari yang dijanjikan aku membonceng basikal dengan sepupuku Azman dari Singapura ke hospital. Ala... hospital dekat je dengan rumah aku. Sebaik sahaja sampai di hospital aku lihat ramai orang telah menunggu ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Aku nampak juga kelibat berberapa kawan-kawan sekolah. Sementara menanti giliran sempatlah masing-masing berborak dan bergurau senda.
Setelah itu abang Zainal (tukang sunat) tersenyum memandang aku dan memanggil aku untuk menjadi orang yang pertama bersunat pada hari itu. Sebaik sahaja aku masuk ke bilik tempat bersunat, tetiba ada seorang makcik dan anak dia (yang nak bersunat juga) berjumpa dan bercakap sesuatu dengan abang Zainal. Kemudian makcik tu merayu kat aku supaya anak dia disunatkan dahulu. Aku pun beralah dan keluar dari bilik tersebut. Sepupu dan kawan-kawan tanya mengapa aku tak jadi sunat. "Ntah... Ada budak tu nak sunat dulu" jawab aku dengan selamba.
Beberapa minit kemudian tiba giliran aku pula. Aku pun masuk bilik tersebut tetapi budak tadi masih lagi berada di bilik tersebut. Sebaik sahaja aku masuk ke bilik tersebut aku nampak budak tu dah lembik macam nak pengsan sambil dipapah mak dan ntah siapa lagi aku pun tak kenal. Aku tak hirau sangat pasal budak tu tapi yang buat aku bengang ialah kerana kelam kabutnya mereka semasa nak keluar dari bilik tu hingga lupa nak tutup pintu. Nasib baiklah pembantu-pembantu yang ada ternampak dan cepat-cepat tutupkan pintu bilik tersebut.
Setelah segala urusan selesai aku keluar dari bilik itu dengan memakai kain pelikat. Aku nampak budak yang hampir pengsan tu masih lagi belum balik lagi. Aku tersenyum kepada kawan-kawan aku sambil membebel kat sepupu aku pasal budak tu tak tutup pintu. Aku kemudian terus menaiki beca (kenderaan yang paling popular masa itu) untuk balik ke rumah.
Jadi bila aku terbaca atau terdengar perihal kanak-kanak takut berkhatan, masa itu jugalah aku tersenyum teringatkan peristiwa 30 tahun yang lampau. Entahlah. Nak kata kelakar, kasihan pula aku teringatkan bila makcik tu merayu kat aku supaya anak dia disunatkan dahulu. Tapi kelakar jugalah bila tengok budak tu lemah tak berdaya kerana takut bersunat. Heee... jahatnya aku nak ketawakan orang.
Kepada budak itu dan keluarganya, aku memohon maaflah andaikata satu ketika nanti mereka terbaca artikel dalam blog aku ini. Aku tidak berniat untuk mengaibkan sesiapapun tetapi sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman.
1 comment:
Cerita lama...mungkin dah pernah dengar...
Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."
Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"
Jawab Pak Pandir:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."
Post a Comment