Sunday, 21 December 2008

Pusara emak dan abah.

Memang menjadi kelaziman aku setiap kali pulang ke kampung pasti tempat yang aku akan ziarahi adalah pusara emak dan abah. Tetapi selepas Hari Raya Adil Fitri yang lepas setiap kali pulang ke kampung aku tak berkesempatan menziarahi pusara emak, abah, anak saudara dan juga atuk aku. Hari Raya Aidil Adha walaupun aku pulang ke kampung namun disebabkan di pagi Hari Raya tu hujan, ia telah membataskan pergerakanku.

Alhamdulillah Jumaat lepas aku pulang ke kampung kerana ada hal yang mustahak. Aku bersyukur pada pagi Sabtu cuaca amat cerah. Selepas sembahyang subuh lebih kurang jam 6.15 pagi dengan menaiki moto Honda C70 abang aku, aku terus ke pusara emak, abah dan anak saudara di Bakri Batu 6, Muar. Namun aku tak berkesempatan ke pusara atuk. Ermm... biasalah lalang sudah mula tumbuh bukan sahaja di kawasan pusara abah tetapi juga yang berdekatan. Aku tidak dapat membersihkan keseluruhan pusara abah kerana aku tidak membawa peralatan yang sesuai. Maklum aje lah naik moto lah katakan. Apa pun aku rasa puas dapat membaca surah Yassin di pusara abah.

Selepas itu aku ke pusara emak. Kawasan pusara emak tidaklah tumbuh lalang kerana pusara emak terletak di depan laluan orang ramai untuk ke pusara keluarga masing-masing berbanding pusara abah yang ke dalam sedikit. Tetapi daun-daun tetap bersepah namun memudahkan aku membersihkannya.

Setelah selesai aku membaca surah Yassin di pusara emak, aku terus ke pusara anak saudara. Aku cuma sempat memandang dari jauh aje pusara atuk. InsyaAllah minggu depan ada kesempatan aku akan menziarahinya. Aku lihat daun-daun kering juga banyak bertaburan atas pusara anak saudaraku. Macam biasa aku juga membaca surah Yassin di pusara anak saudaraku. Erm... patutlah pusara abah penuh lalang kerana aku yakin abang sulung aku mungkin sibuk sebab pusara anak dia juga seperti tak terjaga.

Aku tidak menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Kadangkala hasrat kita terbantut kerana hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu kerinduan akan pada emak dan abah tertunai juga apabila dapat menziarahi pusara mereka. InsyaAllah dengan cuti yang bersambung pada minggu ini dan minggu depan aku pasti akan pulang ke kampung untuk menziarahi pusara mereka lagi. Al-Fatihah.

4 comments:

Mus_Astley said...

ZM... Anak yang soleh...!!

LaN KidA said...

Salam,
Sememangnya kalau tak anak-anak siapa lagi yang akan menziarahi kubur ibubapa... dan pada masa bila-bila sahaja yang kita teringat kepada arwah ibubapa kita selain dari selepas tiap-tiap solat... sedekahkan Al-Fatihah... insyaallah keberkatan akan dapat dirasai.

fendi said...
This comment has been removed by the author.
fendi said...

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"



Doa ni doa default lepas solat. Punyalah default sampai dah x de feel bila baca tiap kali abis solat. Heh..

Nampak gaya kena ambil feel balik bila berdoa tu....