Sunday 14 December 2008

Siapa Aku

Dengan wujudnya blog aku ini berkemungkinan dapat menghubungkan aku dengan kawan-kawan persekolahan ataupun guru-guru yang sudah lama terpisah. Tapi siapakah aku? Siapa ek... Aku ni sejak dari zaman persekolahan memang 'low profile'. Aku sendiri tidak pasti berapa ramai orang yang pernah mendapat pendidikan di tempat yang sama samada kawan sekelas ataupun senior dan junior mengenali aku. Maklum ajelah aku ni suka 'low profile'. Aku bukan tak nak bergaul tapi aku ni pemalu sikit ( yer ker). Tapi yang pasti di sekolah aku lebih selesa atau mempunyai ramai kawan dikalangan Cina dan India. Ooops... maaf. Ini tidaklah bermakna aku tidak mempunyai kawan Melayu, tetapi kuantiti yang sedikit aje. Jangan salah anggap ye. Itu sewaktu zaman persekolahan tetapi bila aku ke IPTA aku dah ramai juga kawan Melayu. Mengapa ek... Nantilah aku akan bercerita di lain artikel yang khusus ye.

Kepada pembaca yang nak tahu siapa aku maka ikutilah kronologi persekolahan dan pendidikanku. Manalah tahu sewaktu aku berada di situ ada juga pembaca pernah berada di situ suatu ketika dahulu.

a). Sekolah Rendah Ismail (Satu), Muar, Johor (1972 - 1977).
b). Sekolah Menengah Sri Muar, Muar, Johor (1978 - 1980).
c). Sekolah Tinggi Muar, Muar, Johor (1981 - 1984).
d). Institut Teknologi MARA, Pahang (Julai 1985 - 1987).
e). Institut Teknologi MARA, Shah Alam (Julai 1987 - 1988).
f). Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar (1974).
g). Sekolah Agama Kg Kenangan Tun Dr Ismail, Muar (1975 - 1979).

Maka itulah aku... Kalau tak kenal tak apalah. Tak paksa pun untuk mengenali aku. Haha....

5 comments:

Mus_Astley said...

Tahniah !!
Selamat datang ke dunia blog. Semoga kau dapat jumpa sesiapa yang ingin kau jumpa.

shema said...

cakkkk... siapa ko ekkk? ko nak carik siapa?

hairie @ zm said...

anway thank shema sebab sudi juga jengok blog aku ini. cuba teka sapa aku

LaN KidA said...

Salam semua,
Tahniah... rasanya ni blog zuhairi. Apa2 pun selamat berblogging

hairie @ zm said...

Terima kasih Kida.