Wednesday 14 October 2009

Selipar

Entah kenapa semasa aku hendak cepat keluar dari surau tempat kerja aku boleh tersalah memakai selipar. Aku sebenarnya tidak terfikir selain daripada aku, rupanya ada juga pekerja lain yang mempunyai selipar yang hampir sama. Apa hendak dikatakan sebab semuanya tidak disengajakan. Huhu...


Sebenarnya menjadi kebiasaannya bila pergi sembahyang aku akan memakai selipar bagi memudahkan mengambil air sembahyang. Jadi aku tak kisah semasa aku tengah sembahyang pekerja lain meminjam untuk mengambil air sembahyang. Maka macam biasa aku akan menunggu sebentar jika aku selesai sembahyang selipar aku tiada di depan pintu surau. Tetapi hari ini ianya berlaku seperti hari biasa, namun bezanya kerana aku hendak cepat tanpa melihat selipar itu kerana amat yakin itu adalah selipar aku walaupun aku macam rasa janggal sebaik sahaja aku memakai selipar tersebut.

Aku hanya tersedar sebaik sahaja aku sampai ke pejabat dan hendak memakai kasut. Aku berharap akan dapat menemui kembali semula selipar aku. Aku rasa tak selesa memakai selipar milik orang lain. Aku rasa bersalah pula di dalam hal ini walaupun semuanya bukan disengajakan.

2 comments:

fendi said...

kalau rasa tak selesa..pergilah letak balik selipar tu....mesti tuannya datang balik kalau betul-betul dia tak selesa dengan satu lagi selipar yang di tinggalkan tempoh hari....kalau dia tak datang tentu dia selesa dengan selipar "yang tak ada orang " tu...

hairie @ zm said...

salam Fendi, memang begitulah perancangannya. Buat masa ni belum lagi diwakafkan kat surau tu sebab masih berharap dpt jumpa tuannya. InsyaAllah kalau tidak jumpa masa terdekat ni, kasut itu akan diletakkan sahaja di surau.