Sunday, 27 September 2009

Seminggu Raya Di Kampung

Seminggu Hari Raya telah berlalu dan semalam aku telah kembali ke Johor Bahru kerana esok aku akan memulakan kerja semula. Sepanjang seminggu berhari raya di kampung berbagai-bagai peristiwa akan menjadi satu kenangan dalam hidupku di Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Selain melayan tetamu yang berhari raya untuk mengumpul duit raya, rumah di kampung juga dikunjungi oleh saudara-mara yang lama tidak berjumpa.

Hari Raya pertama sewaktu aku menziarahi pusara arwah emak, abah, anak saudara dan atuk aku menerima pesanan ringkas (sms) jam 7.21 pagi dari Adzreen. Masih bernafas lagi rupanya si mamat ni. Hehe... Sebenarnya aku sudah lama tidak berhubungan dan berjumpa dengan Adzreen. Setiap tahun beliau sering menghantar sms untuk mengucapkan Selamat Hari Raya tetapi tahun lepas aku tidak menerima sebarang sms dari beliau. Adzreen ini pernah berkerja di tempat aku bekerja tetapi di Jabatan Komputer. Beliau banyak membantu aku mengenai komputer selepas adik angkatku Khairunnizat mendapat pekerjaan di Agro Bank Kuala Lumpur.

Di malam Hari Raya pertama pula jam 7.33 malam, aku menerima panggilan telefon dari kawan semasa menuntut di ITM, Faraliza (Rambo). Beliau kemudian menyerahkan perbualan di telefon dengan seseorang. Oleh kerana sudah berpuluh tahun aku tidak mendengar suara ini maka aku tidak dapat meneka dengan tepat gerangan suara yang bercakap dengan aku. Aku terkejut kerana aku dapat bercakap dengan kawan semasa di ITM iaitu Mohd. Niza. Terima kasih Niza kerana sudi bercakap dengan aku dan juga masih mengenali aku. Terima kasih juga kepada Rambo sebab selalu berhubung dengan aku.

Hari Raya ketiga jam 11.35 pagi aku mendapat panggilan telefon dari 'private number'. Aku terkejut juga menerima panggilan telefon ini walaupun aku dapat meneka pemilik 'private number' ini. Itulah adik angkat aku, Khairunnizat. Aku sebenarnya sudah lama tidak mendengar khabar samada melalui emel, sms atau telefon mengenai adik aku ini. Hubungan kami terputus apabila tempat beliau bekerja bertukar nama dari Bank Pertanian kepada Agro Bank. Beliau sering menelefon atau sms aku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya tetapi tidak pada tahun lepas. Aku tidak sangka Khairun masih mengenali aku. Entah bilalah aku dapat berjumpa dengan beliau kerana apabila aku berada di kampung, beliau akan balik ke JB dan apabila aku kembali ke JB, beliau sudah kembali berkerja.

Hari Raya keempat jam 8.56 pagi aku sahaja menghantar ucapan Selamat Hari Raya kepada seseorang walaupun aku tidak pasti nombor tersebut masih aktif. Tetiba aku mendapat panggilan telefon yang tiada tersenarai dalam simpanan aku. Aku pada mulanya meragui untuk menjawab namun aku terus melayan panggilan ini. Aku tak sangka mamat ini masih lagi mengenali aku. Itulah Subri yang pernah bekerja di tempat aku bekerja yang kini telah bekerja di kampung halaman sendiri iaitu Sabah. Aku bersyukur kerana Subri telah bekerja dengan jabatan kerajaan dan tidaklah hidup tidak tentu arah di bandaraya JB ini seperti dahulu. InsyaAllah, awal bulan Oktober ini Subri akan datang ke Semenanjung sempena konvokesyen abang beliau dan berjanji akan berjumpa aku di JB bersama kembar beliau.

Walapun dalam kegembiraan menerima berita tentang kawan dan adik-adikku, aku juga teringat mengenai adik aku Ani yang khabarnya telah membuka perniagaan di Keratong. Namun aku masih tertanya-tanya di manakah adik aku Norizal Singgin berada kerana telah terputus hubungan begitu lama. Walaupun aku dapat sedikit panduan tentang di mana Rizal berada tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan untuk menjejak beliau kecuali ada bantuan dari polis dan mereka yang berkaitan dengan mahkamah.

7 comments:

enalsaria said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... kau cuba anta SMs kat Rizal ke.... ada maklumbalas ke.... aku cuba kau x dapat.... raya tempohari aku nak singgah kampung dia..... tetapi x berkesempatan..... apalah kabar dia skrg

enalsaria said...

Zuhairi kau cubalah siasat Rizal skrg kat mana... kau byk sumber & info... aku bukan apa... kesian ngan nasib dia....ya la kita kan pernah berkerja di bawah satu bumbung......

enalsaria said...

For your info. aku baru je texted to Rizal.....tak sangka dia balas balik... "aku ucap selamat hari raya maaf zahir batin" & dia reply "Slmat hari raya.... saper ni?"

enalsaria said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hairie @ zm said...

aku dah sms, walaupun pada mula dia respon tapi lepas tu dia tak layan. ada aku kisah....

Mus_Astley said...

aiyoo.. enalsaria..
Letak no telefon orang kat public ke..?? Ish .. orang tu tak marah ke nanti..??

Zuhairi... hmmm... siapa kawan kau ni..?

hairie @ zm said...

si mamat ni dulu kerja kat tempat aku walaupun lain dept. dia sama dept dgn si pemilik telefon tu dan kwn baik. skrg ni dua-dua dah tak kerja tmpt aku ni.

aku lupalah pasal nombor tu. nanti aku delete. bahayakan... mana ler tahu kat along, angah, uda tuntut hutang ker. hehehe