Sunday 13 September 2009

JM Bariani House

Hari ini jam 3.15 petang aku menerima panggilan telefon dari bekas kawan sekolah semasa tingkatan 4 dan 5, Sekolah Tinggi Muar. Kawan aku ini sebenarnya sudah menjadi taukeh nasi bariani. Sebenarnya sejak dari sekolah lagi aku memang telah nampak minat beliau ke arah perniagaan. Setelah tamat sekolah aku dengar khabar beliau terlibat dengan catering tapi tak sangka sekarang beliau melangkah setapak lagi dengan membuka restoran menjual nasi bariani.



Kepada pembaca yang teringin makan nasi bariani tu, apa kata mencuba merasai nasi bariani JM Bariani House yang berada di Subang Jaya, Tesco Shah Alam, Tesco Ampang, Mydin Subang Jaya dan Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi.

Macam mana Zul, aku dah promosi JM Bariani House dalam blog aku walaupun aku tahu setiap hari di suratkhabar KOSMO pasti terpampang nama JM Bariani House. Jangan lupa kalau aku tersesat ke sana dapat makan free atas nama tetamu, bekas kawan sekolah dan sepupu arwah suami mak saudara kau ye. Hehehe.....

3 comments:

Mus_Astley said...

Apa pasal gambar-gambar dalam blog ko ni kelabu-kelabu belaka... :)

Selamat Berbuka dan Selamat Hari Raya.. Ampun dan maaf dipinta...

hairie @ zm said...

Biasalah kalau orang tak profesional yang ambil gambar. Haha... Nak kena pergi sekolah juga gamaknya.

lan kida said...

Salam ZM,
Nak kena cuba try Nasi bariani JM ni..nasib baik bukan ZM..ke ada syer jugak..dekat2 jer namanya tu.

Nasi Bariani ni saya rasa memang favourite orang belah selatan dengan pantai timur. Kalau orang Utara dia orang ni lebih suka Nasi Kandar kuah campur taruk semua atau Nasi Ganja. Saya tengok asal member dari Selatan atau Pantai Timur je kalau masuk kedai mamak mesti pekena Nasi Bariani... kalau nasi kandar kuah campur taruk semua memang banyak yang tak boleh pergi...kenapa yer.

Saya pulak terus terang memang saya kureng sikit dengan Nasi Bariani dan lebih prefer Nasi Ganja atau Nasi Kandar kuah campur taruk semua last sekali bubuh kuah hitam kicap pekat tu...perghh..kena pulak nasi ganja kat mamak bas stand tanjung rambutan lama kat ipoh depan police station tu...ada member pekena sampai tambah 13 pinggan gua cakap lu...macam tak percaya jer. Telur sotong, kari daging kambing.. kat jalan TAR kat KL pun orait jugak.

Apa-apa pun insyaallah lepas raya ada peluang jom kita pekena Nasi Bariani ZM...oppss...JM...hehehe