Thursday 26 February 2009

Ubat Penyakit

Kata orang apabila usia meningkat maka berbagai penyakit akan mula timbul. Ye ke? Haha... itulah ungkapan yang sering akan keluar dari mulut masyarakat. Adakah ia benar atau tidak mahupun itu semua secara kebetulan terserahlah kepada individu untuk mentafsirkan sendiri.

Sebenarnya jika kita kurang peka untuk menjaga kesihatan maka akan wujudnya berbagai penyakit yang sering melanda masyarakat kita hari ini seperti gout, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Tambahan pula dengan negara kita yang begitu mewah dengan pelbagai makanan yang enak-enak dan mudah diperolehi.

Aku sebenarnya nak berkongsi maklumat tentang hal penyakit yang aku hadapi sejak kebelakangan ini. Ala... penyakit ini biasa dihadapi oleh orang lain. Biasalah penyakit orang macam aku yang suka makan tetapi malas bersenam. Hehe... Tetapi bila dah kena penyakit, masa itulah berusaha hendak cari ubat tapi selalunya mencari jalan yang mudah aje. Bila sahaja terbaca atau terdengar pelbagai vitamin atau ubat yang kononnya boleh ubat penyakit itu penyakit ini maka aku mudah sahaja hendak mencuba. Namun begitu bila tidak nampak pun perubahan maka aku akan campaklah produk itu dengan ucapan "Selamat Jalan Romeo". Aik... itu tajuk lagu Ramlah Ram daaa.....

Aku pernah mencuba pelbagai produk HPA seperti Herba Tuju Angin, Malac, Vitex dan bermacam-macam lagi lah. Tetapi setiap bulan bila aku buat 'medical check up' tiada perubahan pun. Aku dah mula bosan dan kurang percaya tapi terkilan pula nak tinggalkan, manalah tahu herba ini belum serasi dengan tubuh badan aku. Aku kemudian makan D'Karm seperti yang disarankan oleh stokis. Kemudian aku diperkenalkan dengan produk ATM iaitu Cellfood. Harganya memang mahal tapi aku tetap mencubanya. Aku tengok sama aje tiada perubahan yang boleh dibanggakan. Aku rasa bengang juga sebab bila buat 'medical check up' penyakit aku macam itu juga. Apa nak jadi...

Namun begitu hari ini aku amat terperanjat dan yang paling penting sebenarnya aku terlalu gembira. Semasa aku membuat 'medical check up' jururawat klinik panel kata tekanan darah aku normal iaitu 130/70. Dia pun macam tak percaya sebab selama ini bacaan yang atas biasanya antara 140 - 150 dan yang bawah pula 85 - 100. Sebenarnya dah hampir setahun aku menantikan saat ini agar tekanan darah aku menjadi normal.

Sekarang ini yang menjadi persoalan aku D'Karm atau Cellfood yang telah berjaya menurunkan tekanan darahku. Aduh pening kepala pula memikirkannya. Nampak gayanya aku terpaksa mengambil kedua-duanya untuk melihat hasilnya sebulan dari sekarang. Kini aku semakin semangat buat senaman kerana tiga hari berturut-turut aku ada buat senaman sebelum membuat 'medical check up'. Oleh itu aku akan meneruskan usaha aku ini kerana sebulan dari sekarang 'senior staff' akan membuat 'Annual Medical Check up' dan semoga kesihatan aku bertambah baik.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Awak ada darah tinggi ye Zuhairi... tapi okay la tu dah turun dah tu... banyak memikir sangat kot. Koi ni tak tau la... takut nak pergi check... tapi takat ni alhamdulillah la takde la terasa apa2 yang tak kena... supplement ni pulak memang koi tak berapa nak ngambik...cuma koi selalu test dengan makanan untuk tentukan condition badan koi samada boleh tahan lagi tak dengan high collestral dll.

Tapi memang bila dah umur 40an ni terasa banyak body hormon berubah dan cara pemakanan, tidur dsb berlainan dari masa dulu-dulu.

Tua dah kita ni beb..hehe

Mus_Astley said...

Kuang Kuang Kuang...
Samalah kita. Cumanya darah tinggi ari tu strike aku. Tapi, nasihat abang ipar dan dia pun ada tanam tumbuhan ni, maka aku try. Bagus babe!! Dia keringkan dan buat herbal.. macam teh. Rendam dan minum. Ko cuba try kot kot kat JB tu ada.. Buah Mahkota Dewa. Kapsul pun ada jual, tapi aku tak penah jumpa, since abang ipar aku kasi yang irisan-irisan buah itu. Best!!

cuba try test tengok.....

hairie @ zm said...

Kida, koi sebenarnya memang tak berapa suka nak gi check doktor. Tetapi tmpt koi kerja semua senior staff ada annual medical check up. Dari situlah tahu koi ni ada pelbagai penyakit. Huhuhu...

Muslim, ubat tu nama Buah Mahkota Dewa? Boleh dpt kat mana ek. Kedai singseh ke?

Mus_Astley said...

Kau pergi pharmacy.... tanya kan. Or.. pi search kat yaooo/google lah dulu... tapi aku ambik yang asli... raw. Memang ada jual yang kapsul tu.. aku pernah nampak. Di Pharmacy lah. Singseh??? Kat JB ada lagi singseh..??