Thursday 5 March 2009

Raja Lawak 3

Kalau sesiapa yang sering mengikuti rancangan televisyen saluran Astro Prima pasti tahu bahawa esok akan menentukan siapa Raja Lawak musim ketiga. Malam kemuncaknya akan berlangsung di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Adakah esok perserta yang dinobatkan Raja Lawak musim ketiga benar-benar layak dan membuat lawak pada malam itu atau akan muncul Raja Lawak yang tak lawak dan menjadi juara kerana kasihan dan simpati. Fikir-fikirkanlah. Apa-apapun pengundi yang akan menentukan dan terserah kepada mereka untuk mengundi siapapun yang mereka suka dengan alasan tersendiri.

Jadi adakah perserta yang aku rasa layak akan jadi Raja Lawak? Ataupun akan muncul Raja Lawak kali ini perserta tunggal wanita? Oleh itu tunggu dan lihat sahaja di televisyen malam esok ataupun mendengar radio Sinar FM.

Namun begitu aku hanya ketahui jawapan siapa Raja Lawak musim ketiga berkemungkinan keesokkannya (Sabtu) dan melihat siaran ulangan kerana pada masa itu aku di dalam bas KKKL untuk pulang ke kampung. Hehe....

No comments: