Saturday, 14 March 2009

Akademi Fantasia 7

Malam ini bermulanya konsert pertama Akademi Fantasia (AF) 7. Aku pasti ramai peminat hiburan pasti aku tertumpu di depan televisyen Astro Ria untuk melihat konsert tersebut. Jadi pada malam ini siapakah akan menjadi pelajar pertama yang tersingkir atau ada berlaku kejutan pada malam ini. Apa-apapun semua akan terjawap pada malam ini.

Aku kadangkala tergelak juga apabila melihat sedutan rakaman semasa pelajar-pelajar mengadakan ujibakat. Kalau yang boleh menyanyi walaupun gagal mendapat kad hijau kerana suara mereka tidak dapat perhatian juri masih boleh dimaafkan. Tetapi ada juga yang memang tidak berbakat pun masih hendak membuang masa untuk diujibakat. Akhirnya buang masa dan memalukan diri sendiri sebab dilihat oleh penonton Astro Ria.

Selain daripada itu semasa diujibakat ada yang menangis kononnya sedih jika gagal masuk AF maka tidak dapat tonjolkan bakat. Kelakarlah. Semasa diumumkan 14 calun yang berjaya ke AF7 ada juga calun pelajar menangis terduduk hanya kerana gagal terpilih sebagai salah seorang calun 14 tersebut. Ada yang sanggup meninggalkan anak, isteri atau suami kerana konon alasan untuk menjadi penyanyi. Ermm... memang aku tak faham. Kemudian bila telah terpilih mulalah menangis teringatkan anak, isteri atau suami. Kalau mereka kata masuk AF kerana hendak merebut hadiah yang lumayan bolehlah diterima alasan tersebut.

Bermulanya konsert AF7 maka 10 minggu dari sekarang akan muncul lagi juara AF dan penyanyi baru. Apakah kemunculan juara AF7 dengan slogan transformasi akan mengikut juara AF3 Mawi yang menjadi satu fonomena yang kini bergelar jutawan. Apakah beliau akan menjadi aset lumayan buat Astro dan Maestro seperti yang dilakukan oleh Mawi. Adakah beliau juga boleh mengugat dan mengatasi Mawi atau sekurang-kurangnya boleh popular seperti Mawi. Adakah juara AF7 ini juga akan menjadi juara suam-suam kuku dan kemudian lenyap setelah merasa hidup glamour hanya 10 minggu sahaja.

Apa-apapun tunggu dan lihat...

No comments: