Wednesday 4 February 2009

Alam's Story



Kalau sesiapa pernah menonton siaran di 8TV bermula pada 3hb Ogos 2008 setiap Ahad malam Isnin jam 10.00 malam pasti pernah melihat gambar yang aku pamerkan ini. Ini adalah suatu tempat di susur Sungai Muar dinamakan Laman Maharani (daerah Muar). Kawasan ini adalah berdekatan ataupun bersebelahan dengan Jambatan Muar iaitu jambatan penghubung bandar Muar dan Tanjung Agas (kini jadi milik daerah baru iaitu Ledang). Sebenarnya ini adalah salah satu tempat pengambaran drama Alam's Story.
Alam's Story ini adalah kisah perjalanan hidup penari kegemaran Malaysia, Muhammad Haslam (Alam) yang datang dari Muar ke Kuala Lumpur dengan motosikal kapcai untuk menghadiri sesi ujibakat 'So You Think You Can Dance' musim pertama bagi menggapai impian bergelar penari terbaik kegemaran Malaysia.
Kegigihan Alam seorang anak orang miskin akhirnya membawa kemenangan untuk membawa pulang wang sebanyak RM 50,000.00 sebagai ganjaran. Sebenarnya banyak liku-liku yang terpaksa Alam hadapi sejak di zaman perseolahan hinggalah dihari pertandingan tersebut.

Aku sebenarnya merasa bangga bukan sahaja kerana Alam berasal dari Muar malah aku dengar khabar Alam ini adalah junior aku di Sekolah Tinggi Muar. Walaupun aku tidak pernah berjumpa malah tidak pernah mengenali beliau namun aku berharap suatu hari nanti aku dapat berjumpa dengan beliau jika ada perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Tinggi Muar.
Walau bagaimanapun aku sebagai abang senior berbangga mempunyai adik junior bernama Muhammad Haslam atau Alam. Good luck Alam...

3 comments:

Mus_Astley said...

ZM...
No problem kalau awak nak jumpa Alam... Dia kawan baik dgn Abby Fana, dan Abby orang Muwo gak! No problem. Kalau ada kesempatan, kita cakap yang awak nak jumpa dia ya..?? InsyaAllah.

* Haii.. bila lah dapat jumpa ex-classmate FG yang puas diminta dihubungkan tuh...

hairie @ zm said...

TQ Muslim. Aku memang tahu si Abby tu org Bukit Pasir, Muar. Nanti kau beritahulah Alam bahawa ada artikel khas ttg beliau dalam blog aku ini. Please.... Hehe..

Pasal ex-classmate kau tu aku pun tak faham kenapa lah si ramboo tak reply sms aku tu....

Alam Wakaka Crew said...

HYehyehye...
Alam ni...
heheh
th ks sbb ada cite psl alam..
niway add me facebook
under Alam Sytycd k..!
c u there...