Thursday, 13 May 2010

Diet

Ramai kawan atau kenalan amat terperanjat dengan perubahan fizikal aku. Ada yang bertanya samada aku sakit atau ada masalah hingga membuatkan perubahan fizikal aku yang berisi menjadikurus. Ada yang diam, ada yang kata aku tidak hensem seperti dahulu malah ada juga terutama yang perempuan bertanya untuk memberi mereka tips bagaimana aku boleh menguruskan badan.

Aku tidak kisah kalau orang hendak kata aku tak hensem ataupun aku kelihatan berusia berbanding dengan dahulu. Apa yang pasti perubahan fizikal aku ini semua ada kaitan masalah kesihatan yang membuat aku bertekad untuk mengubah corak kehidupan aku terutama dari segi permakanan. Kalau dahulu pantang sahaja aku jumpa selagi makanan atau minuman itu berstatus halal aku akan balun sahaja. Tidak pernah ada istilah makanan yang tidak sedap di dalam dairi permakananku. Kini tabiat buruk tersebut telah aku cuba untuk membuangnya demi menjaga kesihatan aku.

Namun begitu ramai yang tidak sanggup untuk mengawal diet permakanan seperti yang aku amalkan kerana masing-masing kata tidak tahan lapar atau godaan makanan. Ada yang kata mereka dah cuba diet tetapi masih tidak dapat turunkan berat badan. Adakah aku makan pil untuk kurus badan? Aku cakap itu perkara mengarut dan tidak perlu untuk makan pil semata-mata untuk kurus. Aku tidak nafikan pada permulaannya untuk aku mengamalkan diet amat terseksa kerana lapar dan godaan makanan memandangkan aku memang suka makan. Tetapi jika kita dapat mengawal minda dan ada azam atau pemangkin pasti semua cabaran itu dapat diatasi dengan mudah sekali.

Walaupun diet yang telah aku lakukan ini membuatkan banyak pakaian aku semuanya longgar, namun aku berpuashati jika ianya membolehkan kesihatanku semakin yang baik. InsyaAllah, itulah harapanku. Apabila aku melihat perubahan fizikal ini membuatkan teringat nostalgia 25 tahun yang lalu bentuk fizikal aku sewaktu menjejakkan kaki di Institut Teknologi MARA (ITM) Pahang.

No comments: