Saturday, 22 August 2009

Ramadan 1430H

Hari ini bermulanya 1 Ramadan bermakna bermula puasa bagi umat Islam terutamanya di Malaysia. Sebenarnya agak lama juga sejak aku bekerja dan merantau tidak dapat menyambut puasa di hari pertama di kampung. Oleh kerana kerinduan suasana tersebut dan bermulanya Ramadan pada hari Sabtu, aku cuba luangkan masa untuk pulang ke kampung dan juga mengambil cuti pada hari Isnin ini.

Bermula Ramadan ini selepas bersahur dan sembahyang subuh aku pergi menziarahi pusara arwah emak, abah dan anak saudara. Selain membaca dan sedekahkan bacaan surah Yassin, aku juga sempat membersihkan daun-daun dan lalang yang tumbuh di sekeliling pusara. Aku puas melihat pusara mereka bersih. Oleh kerana aku hampir terkucil (faham-faham aje lah) aku terus pulang tanpa berkesempatan menziarahi puasara arwah atuk. Maafkan aku.

Apakah bermula Ramadan 1430H akan memberi cahaya kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan hidup. Apakah kita masih ditahap lama dengan memberi sejuta alasan untuk tidak berpuasa. Aku gembira kerana ada seorang kawan perempuan menjadikan awal Ramadan 1430H sebagai langkah pertama beliau ingin memakai tudung. Tahniah.

Aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan mengucapkan Salam Ramadan 1430H kepada pembaca blog ini, semua kawan-kawan dan bekas kawan-kawan serta bekas guru-guru di Sekolah Agama Parit Setongkat dan Kampung Kenangan Tun Dr Ismail, Sekolah Rendah Ismail (Satu), Sekolah Menengah Sri Muar, Sekolah Tinggi Muar, ITM Pahang dan Shah Alam dan rakan sekerja di mana jua anda berada. Kepada Kak Antoi terima kasih kerana menghantar sms malam tadi sewaktu aku berada di Perhentian Bas Larkin dan Azmi Abu Bakar (Bilal), terima kasih kerana menghantar 'sms' jam 11.58 malam tadi.

Selamat berpuasa dan Salam Ramadan 1430H.

2 comments:

Mus_Astley said...

Aku nak pi JB ni tengah2 puasa.. harap2 kau dapat luangkan masa kau taww...

Nak beli kerepek black pepper yang sedap tu... Aku contact kau nanti...

hairie @ zm said...

Boleh aje. Aku kalau balik kampung masa 2 hari nak raya. Cuma hari sabtu sepanjang puasa Sept aku kena kerja. Tu tak jadi masalah sebab aku cadang hendak ambil half day pada setiap sabtu tu. Nanti kita berbuka puasa bersama-sama kat luar ok.