Tuesday 17 March 2009

Kopi 434



Kopi 434 (Sai Kee) adalah satu jenama kopi keluaran di daerah Muar yang amat terkenal. Tapi tahukah pengemar kopi terutama di daerah Muar mengapa kopi ini dinamakan Kopi 434. Sebenarnya nombor 434 adalah nombor telefon kedai kopi tersebut. Mungkin generasi hari ini merasa pelik apabila aku mengatakan nombor 434 tersebut adalah sebenarnya nombor telefon kedai tersebut memandangkan pada masa sekarang semua pemilik telefon kediaman tetap mempunyai nombor telefon 7 digit. Kalau kita kembali kepada sejarah dahulu sebenarnya nombor telefon pada masa itu hanyalah 3 digit. Walaupun pada masa sekarang digit nombor telefon telah bertambah namun pemilik kedai kopi ini masih mengekalkan nombor 434 pada tiga nombor terakhir telefon kedai beliau.


Pada zaman kanak-kanak aku cuma mengenali kopi serbuk sahaja yang mana apabila hendak meminum kopi tersebut dikehendaki menapis dahulu air kopi jika enggan terminum keladak kopi tersebut. Tetapi berlainan pada hari ini jenama kopi ini bukan sahaja masih mengekalkan cara keluaran lama malah telah memperbaharui pengeluaran mereka dengan wujudnya kopi O uncang.
Ada juga kopi 4 in 1 iaitu white coffee yang mengandungi campuran kopi, krimer susu, gula dan cuppicino.

Ini pula kopi 3 in 1 yang mengandungi kopi, gula dan krimer susu.

Ini pula kopi O uncang tetapi yang membezakannya dengan kopi O biasa keluaran mereka ini adalah menggunakan serbuk kopi "Elephant Bean".

Selain daripada gambar yang aku pamerkan ini, sebenarnya terdapat berbagai lagi keluaran kopi 434 yang tidak dapat aku pamerkan. Ada juga kopi 2 in 1 yang mengandungi kopi dan gula. Manakala kopi O itu sendiri terdapat berbagai-bagai bentuk bungkusan dan terserah kepada penggemar kopi untuk membelinya samada bentuk uncang yang pelbagai bentuk bungkusan ataupun yang berminat membeli kopi berbentuk serbuk yang dikehendaki menggunakan tapis untuk mengelakkan terminum keladak kopi tersebut.

Aku pula sebagai penggemar kopi setiap kali pulang ke kampung pasti akan membeli sebungkus kopi O uncang. Erm... jangan pula merasa pelik di mana pula aku dapat mengambil gambar bungkusan lain sedangkan aku tidak membeli kopi tersebut. Sebenarnya rakan kerja meminta aku membeli kopi 3 in 1 dan 4 in 1 dan sebelum diserahkan kepada beliau aku sempat merakamkan gambar bungkusan kopi tersebut. Hehe...

1 comment:

Mus_Astley said...

Tolong belikan aku satu bungkus kopi 3-in-1 capaccino satu !!