Saturday, 29 May 2010

Hari Ini Dan Semalam

Hari ini seperti biasa apabila ada yang terluang pasti aku akan balik kampung sejak dari dulu lagi. Walaupun hari ini hari cuti namun yang pasti aku tetap membawa latop balik ke kampung kerana untuk menyiapkan kerja-kerja pejabat yang masih belum selesai. Maklum sahaja hujung bulan seperti ini aku harus menyediakan beberapa data dahulu sebelum membuat laporan stok pada awal setiap bulan.

Apa yang pasti hari ini juga akan diadakan reunion pelopor bekas-bekas pelajar Institut Teknologi MARA (ITM) Pahang untuk menyambut 25 tahun (Jubli Perak) penubuhan ITM Pahang. Malam ini reunion yang akan diadakan di Intekma Resort Shah Alam hanya akan dihadiri khas untuk bekas pelajar dari ITM Pahang dari batch Januari dan Julai 1985 sahaja selain daripada beberapa jemputan seperti bekas Pengetua, Pensyarah dan kakitangan di zaman tersebut. Apa yang menarik tema untuk reunion ini adalah Retro 85 iaitu pakaian yang dipakai oleh pelajar-pelajar pada masa itu. Pada masa itu majoriti pelajar perempuan akan memakai baju kurung dan majoriti lelaki pula akan memakai seluar jeans dan kemeja serta kasut sukan pelbagai jenama.

Semalam aku mengambil cuti separuh hari dan selepas sembahyang Jumaat aku balik ke kampung kerana pada malam hari rumah anak saudara aku mengadakan kenduri. Alhamdulillah aku sampai di kampung lebih kurang jam 6.00 petang. Selepas sembahyang maghrib aku pergi ke rumah anak saudara yang mengadakan kenduri. Anak saudara aku suami isteri yang bekerja di Kuala Lumpur membeli rumah di Saba Awor, Muar mengadakan kenduri doa selamat dan juga bacaan surah Yassin serta tahlil arwah untuk abang sulung beliau (anak saudara lelaki aku yang sulung) dan juga arwah kakak aku. Semalam juga genap dua bulan arwah kakak aku meninggal dunia.

Semalam juga pertama kali setelah dua bulan aku mengawal permakanan aku selama ini kecundang dengan nasi minyak dan pelbagai kuih-muih yang disaji di depan mata aku. Tambahan pula kami adik-beradik berkumpul beramai-ramai dan makan bersama-sama. Walaupun aku menjamu selera melebihi dari kadar permakanan yang aku amalkan selama dua bulan ini namun ianya masih lagi terkawal. Maklum sahaja apabila aku diet ramai pula kawan-kawan sekerja risau kerana aku kelihatan kurus dan macam orang sakit walaupun hakikatnya itulah bentuk badan aku sebelum pertengahan tahun era 1990an.

Wednesday, 26 May 2010

Yahooo.. Cuti

Yahooo... aku gembira kerana akhirnya permohonan cuti aku untuk separuh hari pada Jumaat ini akhirnya diluluskan oleh boss Japanese. Walaupun "Head Division" memberi komen di dalam permohonan cuti namun aku tidak kisah kerana apa yang penting cuti diluluskan. Sebenarnya sejak semua permohonan cuti mesti diluluskan oleh boss Japanese, maka cuti aku sering sahaja diluluskan di saat akhir. Ini yang sering membuatkan aku di dalam penantian dan sering tension untuk memastikan cuti diluluskan. Apa yang menjadi masalahnya boss Japanese sering menundakan kelulusan permohonan cuti aku apabila ada sesuatu catatan dari Head Division. Apa yang membuat aku bengang apabila staff lain senang sahaja boss meluluskan permohonan cuti mereka walaupun selama seminggu.

Oleh kerana permohoanan cuti aku telah diluluskan maka tidak perlulah aku membuat kepala batu seperti dahulu yang memberitahu Head Division samada cuti aku diluluskan atau tidak yang pasti aku tetap tidak akan hadir untuk bekerja pada hari tersebut. Hehe....

Sunday, 16 May 2010

DPA Julai 1985

Beberapa hari yang lepas iaitu hari Jumaat aku ada menghubungi Mila untuk bertanyakan perkembangan reunion ITM Pahang. Untuk dipendekkan cerita Mila meminta aku menyenaraikan nama-nama bekas pelajar kursus Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Institut Teknologi MARA (ITM) Pahang batch Julai 1985 dan emelkan kepada beliau.
  1. Amy Jarr (Antu)
  2. Arash Mohd. Zain
  3. Azmi Abu Bakar (Bilal)
  4. Azli Ripin (Selipar)
  5. Fendi (Pendita)
  6. Hamzah Ramli (Arwah-Somprak)
  7. Hashim Idris (Pak Malau)
  8. Hussain Moh (Birah)
  9. Kamaruzaman Md. Alif (Man Rapu)
  10. Khairuzaman Sidek (Man Gelap)
  11. Mohd. Helmi (Tengku)
  12. Mohd. Jamili (Jimmy)
  13. Mohd. Niza Simin
  14. Mohd. Nizam Kadir (Selambe Jr)
  15. Muliadi Marjohan (DO @ Guru Besar)
  16. Muzafar Ali
  17. Nor Afandi Othman (Clark Gable)
  18. Ramlan Malik (Mr T)
  19. Sharif Zafar (Che Teh)
  20. Sidi Lateh (Che Dat)
  21. Wan Mazlan Wan Zakaria (Apek @ Lemberg)
  22. Zuhairi Mahamood
  23. Faraliza Abdul Rahman (Rambo)
  24. Khamsiah Abd. Rahman (Beserah)
  25. Marina Othman (Che Puan)
  26. Norhuda Abd. Malik (Kuda)
  27. Rohani Abd. Latiff
  28. Rozita
  29. Siti Minah Bakar (Kak Chik @ KC)
  30. Zuraidah Md. Taib (Golden @ Mummy)

Inilah senarai nama-nama bekas pelajar ITM Pahang batch Julai 1985 dari kursus DPA yang aku masih ingat. Oleh itu jika ada nama-nama yang tertinggal ataupun tersalah ejaan aku pohon maaf terlebih dahulu, maklum sahajalah sudah 25 tahun berlalu dan majoritinya tidak pernah aku berjumpa selepas graduan. Jadi kepada bekas pelajar-pelajar DPA ITM Pahang Julai 1985 samada tersenarai atau tidak di dalam memori aku ini dan kawan-kawan yang tahu di mana mereka berada diharap dapat hubungi AJK reunion untuk memberi biodata masing-masing (kalau boleh berserta gambar dahulu dan terkini) seperti alamat, nama tempat bekerja, jawatan, emel dan no telefon.

Thursday, 13 May 2010

Diet

Ramai kawan atau kenalan amat terperanjat dengan perubahan fizikal aku. Ada yang bertanya samada aku sakit atau ada masalah hingga membuatkan perubahan fizikal aku yang berisi menjadikurus. Ada yang diam, ada yang kata aku tidak hensem seperti dahulu malah ada juga terutama yang perempuan bertanya untuk memberi mereka tips bagaimana aku boleh menguruskan badan.

Aku tidak kisah kalau orang hendak kata aku tak hensem ataupun aku kelihatan berusia berbanding dengan dahulu. Apa yang pasti perubahan fizikal aku ini semua ada kaitan masalah kesihatan yang membuat aku bertekad untuk mengubah corak kehidupan aku terutama dari segi permakanan. Kalau dahulu pantang sahaja aku jumpa selagi makanan atau minuman itu berstatus halal aku akan balun sahaja. Tidak pernah ada istilah makanan yang tidak sedap di dalam dairi permakananku. Kini tabiat buruk tersebut telah aku cuba untuk membuangnya demi menjaga kesihatan aku.

Namun begitu ramai yang tidak sanggup untuk mengawal diet permakanan seperti yang aku amalkan kerana masing-masing kata tidak tahan lapar atau godaan makanan. Ada yang kata mereka dah cuba diet tetapi masih tidak dapat turunkan berat badan. Adakah aku makan pil untuk kurus badan? Aku cakap itu perkara mengarut dan tidak perlu untuk makan pil semata-mata untuk kurus. Aku tidak nafikan pada permulaannya untuk aku mengamalkan diet amat terseksa kerana lapar dan godaan makanan memandangkan aku memang suka makan. Tetapi jika kita dapat mengawal minda dan ada azam atau pemangkin pasti semua cabaran itu dapat diatasi dengan mudah sekali.

Walaupun diet yang telah aku lakukan ini membuatkan banyak pakaian aku semuanya longgar, namun aku berpuashati jika ianya membolehkan kesihatanku semakin yang baik. InsyaAllah, itulah harapanku. Apabila aku melihat perubahan fizikal ini membuatkan teringat nostalgia 25 tahun yang lalu bentuk fizikal aku sewaktu menjejakkan kaki di Institut Teknologi MARA (ITM) Pahang.