Saturday, 13 March 2010

Tidak Hadir Reunion

Semalam jam 2.20 petang aku menerima sms dari Azmi (Bilal) wakil bekas pelajar kursus DPA untuk mengetahui jawapan samada aku berminat atau tidak menghadiri reunion ITM Pahang pada 29hb Mei 2010. Aku sebenarnya masih berfikir samada untuk menghadiri ataupun tidak memandangkan tarikh tersebut amat tidak sesuai buat diriku kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Oleh kerana aku tidak mahu menyusahkan semua pihak maka aku membalas sms tersebut untuk memohon maaf kerana aku tidak dapat menyertai reunion tersebut.

Aku sebenarnya terlalu berat hati untuk menyatakan "tidak" pada reunion ini. Tetapi aku terpaksa juga memberi jawapan tersebut kerana tidak mahu dianggap sebagai banyak songeh. Aku sebenarnya terlalu sibuk dengan urusan kerja samada di awal bulan ataupun di akhir bulan. Oleh kerana ahli jawatankuasa (AJK) reunion telah memilih tarikh hujung bulan sudah pasti aku tidak boleh menghadirinya.

Aku tidak mempunyai niat untuk memberi berbagai alasan tetapi, itulah hakikatnya. Aku tahu pada 28hb Mei 2010 adalah 'Public Holiday' bagi sesetengah pihak yang berkerja tetapi tidak bagi tempat aku bekerja. Walaupun berlangsungnya reunion adalah hari Sabtu iaitu hari cuti bagi tempat aku bekerja namun aku tidak pasti kerana kemungkinan hari itu aku dikehendaki bekerja lebih masa.

Oleh itu di blog ini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada AJK reunion yang telah berusaha keras untuk menyatukan semula bekas pelajar-pelajar pelopor ataupun perintis ITM Pahang sempena tertubuhnya ITM Pahang 25 tahun. Aku juga memohon maaf kepada kawan-kawan terutama bekas pelajar kursus DPA batch Julai'85 dan kawan-kawan dari kursus lain terutama Muslim (DSS) kerana aku tidak dapat menyertai reunion ITM Pahang.

2 comments:

Mus_Astley said...

Alamaaakk...

Sedey laa kau xdapat joinn... Hmmm; kuranglah korum kali ni...

hairie @ zm said...

Sorry lah Muslim. Keputusan harus diberitahu dgn segera sedangkan aku dalam dilema kerana ada beberapa masalah peribadi dan kerja. Itu sebab aku memberi jawapan "tidak" dgn berat hati walaupun aku rasa menyesal dan terkilan dgn jawapan tersebut.