Friday, 27 June 2014

Rindu Nak Menulis

Entah mengapa hari ini aku boleh membuka akaun blog yang telah lama aku tinggalkan.  Aku terlalu rindu untuk menulis.  Apakah bermula hari ini aku akan kembali menulis.  In Sha Allah aku akan kembali menulis.  Apa agaknya topic yang akan aku tulis sebagai permulaan kembalinnya aku menulis.  Aku akan fikirkan nanti untuk menulis Dairi Hairie.

Saturday, 11 June 2011

Kejayaan Seorang Kawan.


Sedang aku membaca majalah Maskulin, bulan Jun 2011, Vol 117 aku tersenyum membaca artikel di muka surat 124 dan 125. Inilah kisah kejayaan seorang kawan Melayu yang paling rapat dengan aku semasa di tingkatan 5 di Sekolah Tinggi Muar.

Aku telah lama ketahui tentang kejayaan Zulkarnain Mustapha sejak kami meninggalkan zaman persekolahan. Sejak dari sekolah lagi memang Zul minat di dalam bidang perniagaan. Apa yang membuat aku mengetahui banyak kisah beliau ialah kerana arwah sepupu aku telah berkahwin dengan emak saudara beliau. Tambahan pula abang aku pernah menjadi rakan sekerja dengan bapa beliau di Lembaga Letrik Negara yang dikenali sekarang sebagai Tenaga Nasional di Muar.

Walaupun Zul telah berjaya di dalam perniagaan dengan mempunyai banyak rangkaian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, namun beliau masih merendah diri dan tidak bongkak. Ini pernah terbukti apabila kami pernah terserempak di bandar Muar dan beliau terus menyapa aku. Beliau terus memperkenalkan aku dengan isteri dan anak-anak beliau. Apa yang membuat aku bangga dengan sikap beliau ialah apabila beliau memberitahu keluaraga beliau aku adalah kawan baik beliau semasa di sekolah.

Aku amat berbangga dengan kejayan seorang kawan bernama Zulkarnain Mustapha dengan Restoran JM Bariani House.

Friday, 10 June 2011

Apa Khabar Kawan.

Sejak kebelakangan ini aku kerap membuka facebook(FB) dan kadangkala terlupa aku mempunyai blog yang suatu ketika menjadi medan aku mencurahkan segala perasaan yang terbuku. Tetapi yang aku ingin ceritakan tentang hasil yang aku dapat dari facebook ini.


Di dalam facebook tanpa diduga aku dapat juga bertanya khabar kawan-kawan yang telah terpisah dahulu. Kali ini aku dapat berhubung dengan Azmi Jamal yang pernah satu kelas dengan aku semasa tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Tinggi Muar. Walaupun aku memang tidak rapat dengan pelajar-pelajar Melayu terutamanya Azmi tetapi ternyata FB salah satu cara untuk merapatkan hubungan kami. Aku kira rancak juga aku bekomunikasi melalu chat atau memberi komen melalui apa yang aku tulis di dalam FB group High School Muar.

Dari Azmi aku menerima pelbagai berita tentang kawan-kawan yang telah lama terpisah. Ada di antara kami hidup dalam kemiskinan. Apa yang membuat aku hampir menangis bila mendapat berita ada di antara kawan-kawan yang terlibat dalam najis dadah. Kenapa aku lambat menerima berita ini walaupun aku sering pulang ke kampung. Aku tidak tahu di mana hendak mencari mereka dan bagaimana hendak menghubungi mereka. Walaupun aku tidak rapat dengan mereka tetapi aku masih menganggap mereka sebagai kawan sekolah aku. Aku berharap dapat berjumpa dengan mereka dan membantu sekadar yang mampu.

Monday, 6 June 2011

Hari Keluarga LJ Apartment







Pada 29hb Mei 2011, buat pertama kalinya setelah hampir 14 tahun wujudnya Apartmen Lily Jasmine (LJ), Taman Tampoi Indah, Johor Bahru diadakan Hari Keluarga buat penghuni atau pemilik rumah. Tujuan diadakan ialah untuk merapatkan hubungan sesama penghuni dan memperkenalkan pihak pengurusan yang baru iaitu Sparkle One. Selain daripada itu untuk memberitahu penghuni tentang perbezaan AJK LJ apartmen terdahulu dgn AJK sekarang. Tetapi sejauh manakah mereka menghargainya, aku tidak pasti. Apakah mereka masih ditakuk lama? Tunggu dan lihat...



Ramai juga yang gembira dan memberi kerjasama. Mereka tidak kisah tentang hadiah yang diberikan pada setiap permainan. Mereka inginkan kegembiraan. Apa yang aku lihat kaum Melayu dan India memang bersantai dan sentiasa memberi kerjasama. Selagi ada peluang permainan yang boleh mereka sertai pasti mereka turut serta. Manakala kaum Cina hanya segelintir sahaja yang memberi kerjasama yang mungkin tahu apa itu perkenalan dan persahabatan.







Tetapi ada juga AJK langsung tidak memberi kerjasama. Ada yang sekadar datang untuk mengambil makanan tenghari, ada yang langsung tidak hadir dan yang paling menyakitkan hati ada yang komplain tentang bajet walaupun semua AJK sudah bersetuju untuk membuat Hari Keluarga. Nampak sangat mereka memboikot sebab rasa tercabar apabila dalam sejarah buat pertama kalinya AJK LJ apartmen untuk sessi 2010/2011 Pengerusi dan Setiausaha adalah kaum Melayu. Aku tidak faham dengan kerenah mereka kerana ini bukannya gelanggang politik tetapi jawaan inilah sukarela untuk kebajikan penduduk.







Namun begitu ada sesuatu yang tidak disangkakan buat pertama kali dalam sejarah aku jadi emcee bidan terjun. Kelakar juga sebab aku ni seorang pemalu, jadi tak tahu nak cakap apa. Aku pakai bantai ajelah. Bila difikirkan balik rasa malu juga sebab memang aku tiada langsung bakat sebangai emcee walaupun di zaman persekolahan aku aktif di dalam bidang perbahasan.




Apa-apapun terima kasih aku ucapkan kepada penghuni-penghuni LJ apartmen yang memberi kerjasama, penaja-penaja seperti Astro, Sam Carpet, Security dan RHB Bank serta AJK LJ apartmen iaitu Pengerusi Encik Shafie dan isteri Puan Mazni, Naib Pengerusi, Encik Ravindra, Setiausaha (aku ler hehehe...), Ravicandran dan isteri dan juga Raja Kumar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan Hari Keluarga LJ Apartmen.

Saturday, 16 April 2011

Jom Makan-Makan

Semalam rakan-rakan mengajak aku pergi makan-makan. Aku yang suka makan memanglah tak menolak apabila rakan-rakan mengajaknya.





Inilah wajah-wajah anak dara, tunangan orang dan isteri orang yang sempoi.

Ini adalah sebahagian permulaan. Masih teratur, bersopan dan malu-malu.



Perut dah lapar, jadi operasi bermula untuk memasak sendiri ye...


Apabila mula makan maka tak pandang kiri kanan. Kalau sekadar bayar RM18.00 untuk seorang tapi boleh makan seberapa banyak yang kita mahu pasti menyeronokkan. Jom kita pergi makan-makan lagi.

Monday, 28 March 2011

Arwah Kakak Dalam Kenangan

Hari ini genap setahun arwah kakakku meninggalkan aku buat selama-lamanya. Masa begitu cepat berlalu tanpa aku sedari. Walaupun sedikit demi sedikit aku sudah mulai menerima hakikat bahawa aku sudah tidak mempunyai seorang kakak namun aku masih lagi merinduinya.

Setiap kali apabila aku pulang ke kampung halaman aku akan pastikan aku akan menziarahi pusara arwah kakakku. Hanya inilah salah satu cara aku melepaskan rasa rindu aku pada arwah kakak. Aku merasa puas dapat membersihkan pusara arwah kakak kerana arwah kakak memang terlalu perihatin pada kebersihan. Apa yang pasti aku akan cuba menjaga sebaik yang mungkin segala pokok bunga kesayangan arwah kakak.

Apabila pulang ke kampung, setiap sudut di rumah pusaka pasti akan mengamit kenangan bersama arwah kakak. Setiap kali melihat segala harta dan barangan tinggalan arwah kakak membuat aku bertambah sayu. Namun itu juga cara aku melepaskan rasa rindu apabila dapat menjaga ianya dengan baik sekali.

Walaupun kini arwah kakakku sudah tiada lagi, namun segala jasanya akan ku kenang sehingga akhir hayatku. Segala pengorbanan arwah kakak yang menanggung segala perbelanjaan persekolahanku sejak aku di tingkatan 3 sehinggalah aku meneruskan pembelajaranku di Institut Teknologi MARA tidak akan aku lupakan. Malah pengorbanan arwah kakak kepada adik bungsunya sehingga dapat memilik sebuah rumah akan sentiasa dihargai. Terima kasih Ngah.

Al-Fatihah... Amin...

Saturday, 12 March 2011

Selamat Pengantin Baru Aril

Hari ini aku mendapat kad jemputan perkahwinan seorang kenalan gara-gara membeli perfume dan kemudian menjadi rakan facebook. Walaupun beliau banyak memberi panduan kepada aku untuk membina otot badan tetapi aku masih gagal melaksanakan kerana sikap aku yang malas.

Selamat Pengantin Baru kepada Mohammad Zairil Zakaria. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.