Sejak kebelakangan ini aku kerap membuka facebook(FB) dan kadangkala terlupa aku mempunyai blog yang suatu ketika menjadi medan aku mencurahkan segala perasaan yang terbuku. Tetapi yang aku ingin ceritakan tentang hasil yang aku dapat dari facebook ini.
Di dalam facebook tanpa diduga aku dapat juga bertanya khabar kawan-kawan yang telah terpisah dahulu. Kali ini aku dapat berhubung dengan Azmi Jamal yang pernah satu kelas dengan aku semasa tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Tinggi Muar. Walaupun aku memang tidak rapat dengan pelajar-pelajar Melayu terutamanya Azmi tetapi ternyata FB salah satu cara untuk merapatkan hubungan kami. Aku kira rancak juga aku bekomunikasi melalu chat atau memberi komen melalui apa yang aku tulis di dalam FB group High School Muar.
Dari Azmi aku menerima pelbagai berita tentang kawan-kawan yang telah lama terpisah. Ada di antara kami hidup dalam kemiskinan. Apa yang membuat aku hampir menangis bila mendapat berita ada di antara kawan-kawan yang terlibat dalam najis dadah. Kenapa aku lambat menerima berita ini walaupun aku sering pulang ke kampung. Aku tidak tahu di mana hendak mencari mereka dan bagaimana hendak menghubungi mereka. Walaupun aku tidak rapat dengan mereka tetapi aku masih menganggap mereka sebagai kawan sekolah aku. Aku berharap dapat berjumpa dengan mereka dan membantu sekadar yang mampu.
No comments:
Post a Comment