Monday, 6 June 2011

Hari Keluarga LJ Apartment







Pada 29hb Mei 2011, buat pertama kalinya setelah hampir 14 tahun wujudnya Apartmen Lily Jasmine (LJ), Taman Tampoi Indah, Johor Bahru diadakan Hari Keluarga buat penghuni atau pemilik rumah. Tujuan diadakan ialah untuk merapatkan hubungan sesama penghuni dan memperkenalkan pihak pengurusan yang baru iaitu Sparkle One. Selain daripada itu untuk memberitahu penghuni tentang perbezaan AJK LJ apartmen terdahulu dgn AJK sekarang. Tetapi sejauh manakah mereka menghargainya, aku tidak pasti. Apakah mereka masih ditakuk lama? Tunggu dan lihat...



Ramai juga yang gembira dan memberi kerjasama. Mereka tidak kisah tentang hadiah yang diberikan pada setiap permainan. Mereka inginkan kegembiraan. Apa yang aku lihat kaum Melayu dan India memang bersantai dan sentiasa memberi kerjasama. Selagi ada peluang permainan yang boleh mereka sertai pasti mereka turut serta. Manakala kaum Cina hanya segelintir sahaja yang memberi kerjasama yang mungkin tahu apa itu perkenalan dan persahabatan.







Tetapi ada juga AJK langsung tidak memberi kerjasama. Ada yang sekadar datang untuk mengambil makanan tenghari, ada yang langsung tidak hadir dan yang paling menyakitkan hati ada yang komplain tentang bajet walaupun semua AJK sudah bersetuju untuk membuat Hari Keluarga. Nampak sangat mereka memboikot sebab rasa tercabar apabila dalam sejarah buat pertama kalinya AJK LJ apartmen untuk sessi 2010/2011 Pengerusi dan Setiausaha adalah kaum Melayu. Aku tidak faham dengan kerenah mereka kerana ini bukannya gelanggang politik tetapi jawaan inilah sukarela untuk kebajikan penduduk.







Namun begitu ada sesuatu yang tidak disangkakan buat pertama kali dalam sejarah aku jadi emcee bidan terjun. Kelakar juga sebab aku ni seorang pemalu, jadi tak tahu nak cakap apa. Aku pakai bantai ajelah. Bila difikirkan balik rasa malu juga sebab memang aku tiada langsung bakat sebangai emcee walaupun di zaman persekolahan aku aktif di dalam bidang perbahasan.




Apa-apapun terima kasih aku ucapkan kepada penghuni-penghuni LJ apartmen yang memberi kerjasama, penaja-penaja seperti Astro, Sam Carpet, Security dan RHB Bank serta AJK LJ apartmen iaitu Pengerusi Encik Shafie dan isteri Puan Mazni, Naib Pengerusi, Encik Ravindra, Setiausaha (aku ler hehehe...), Ravicandran dan isteri dan juga Raja Kumar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan Hari Keluarga LJ Apartmen.

1 comment:

aifa99 said...

err..kau seorang yg pemalu ke..??!..hehe...rasanya tidak le..