Sunday, 12 September 2010

Senior

Aku tidak sangka Hari Raya tahun ini rumah aku di kampung dikunjungi oleh senior ITM Pahang, Rosmila Baharuddin. Walaupun dia senior aku semasa di ITM, namun dari segi usia, aku adalah senior dia. Hehehe... Inilah pertama kali kami bertemu setelah masing-masing tamat pembelajaran di ITM. Walaupun dia pernah ke Johor Bahru atau menyambut Hari Raya di Muar kerana mertua beliau orang Pagoh namun kami tidak pernah berjumpa. Oleh kerana hendak menyerahkan majalah "Reunion ITM Pahang - 25 Tahun" seperti yang dijanjikan telah menemukan aku dengan beliau.

Apa yang lebih menarik suami beliau adalah senior aku semasa bersekolah di Sekolah Tinggi Muar iaitu dua tahun usia dari aku. Inilah ada kerana semasa aku menjejakkan kakiku di Sekolah Tinggi Muar di tingkatan 4 aliran sains, suami beliau berada di tingkatan 6 rendah aliran sains sebagai pengawas. Oleh kerana wajah masing-masing sudah berubah maka sukar untuk kami saling mengingati kecuali kalau melihat semula majalah sekolah "MUARA", tapi sayangnya majalah sekolah milik aku telah musnah dimakan anai-anai.

Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini amat muram bagiku, namun kedatangan dua senior yang mempunyai ikatan suami isteri ini memberi sedikit keceriaan kerana mereka adalah tetamu luar yang pertama datang menziarahi aku di Hari Raya ini. Terima kasih Rosmila dan Rosman.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Hairi,

Aku br bukak blog ko arini...sonok jumpa ko aritu..tp singkat sgt..klu ko ke KL..kol la leh kita sembang pjg ek...

Tapi klu boleh lain kali ko kena dtg ngan org umah skali tau...hihihi...jgn mare..

Mila