Hari Jumaat 9 April, selepas waktu kerja aku pulang ke kampung sekali lagi setelah hampir dua minggu kakakku meninggal dunia. Sebaik sahaja aku sampai di rumah, aku kelihatan sayu kerana rumah terlalu sunyi dan sepi. Ini adalah kerana kebiasaannya pasti aku melihat arwah kakakku sedang menonton televisyen. Apa yang pasti pada malam itu hanya abang aku yang menunggu rumah itu memandangkan masing-masing mempunyai urusan tersendiri. Kemudian abang aku balik ke rumah beliau membiarkan aku sendirian.
Selepas sembahyang Isyak, aku menonton televisyen sebentar sambil memerhati tempat-tempat yang biasa kakakku duduk. Aku benar-benar rasa sunyi dan kehilangan. Ini dapat dirasakan kerana adalah menjadi kebiasaannya aku pasti akan berbual dengan arwah kakakku sehingga masing-masing mengantuk. Tetapi kini tiada siapa lagi yang akan melayan aku berbual.
Pada hari esok pula iaitu 10 April selepas sembahyang subuh iaitu lebih kurang jama 6.30 pagi aku berhasrat untuk menziarahi pusara arwah emak, arwah abah, arwah anak saudara dan arwah kakak tergendala memandangkan hujan. Erm... tidak apalah kata hati kecilku memandangkan mungkin aku boleh pergi pada waktu petang ataupun pada hari esok. Tetapi lebih kurang jam 7.00 pagi hujan berhenti dan aku terus mencapai motor untuk meneruskan hasrat aku untuk menziarahi pusara mereka. Alhamdulillah.
Sepanjang dua hari aku berada di kampung aku benar-benar rasa sunyi dan sepi. Apabila rindukan arwah kakakku, aku akan melihat tempat-tempat yang biasa arwah duduk seperti kerusi makan, bilik sembahyang, tempat menonton televisyen dan aku akan membuka almari untuk melihat pakaian-pakaian arwah. Aku begitu sebak. Aku juga melihat dan menjaga pokok-pokok bunga arwah yang masih tinggal kerana ada sebahagian pokok bunga abang aku yang sulung telah mengambil untuk menjaganya. Apa yang pasti aku cuba melakukan yang terbaik dan cuba mengamalkan apa yang sering arwah kakakku lakukan pada rumah pusaka peninggalan arwah abah dan arwah emak.
1 comment:
Takziah Zuhairi.. Beginilah adat kehidupan.. malah kita semakin hampir dalam usia sebegini..
Pun aku yakin kau punya kekuatan tersendiri kerana ini bukan pertama kali kehilangan orang tersayang.. iringilah dengan doa sebanyak mana dan sekerap mana yang mampu dan berikan sokongan pada keluarga beliau agar lebih kuat dalam melalui kehidupan akan datang. Bilal
Post a Comment