Thursday, 10 March 2011

Annual Medical Check Up 2011

Setelah setahun berlalu, hari ini tiba giliran aku sebagai 'senior staff' membuat pemeriksaan kesihatan keseluruhan. Sebenarnya aku takut juga mengetahui keputusan pemeriksaan kesihatan nanti. Maklum sahaja pada tahun lepas aku terpaksa membuat rawatan susulan di Hospital Pakar Kempas, Johor Bahru. Pada masa itu aku hampir menangis apabila doktor panel menyatakan taraf kesihatan aku amat buruk sekali.

Walaupun aku sudah cuba untuk mengawal permakanan dan menjaga taraf kesihatan tetapi, kadangkala terleka juga. Maklum sahaja aku ini jenis orang yang suka makan, jadi memang sukar untuk menolak makanan selagi ianya berstatus halal. Tetapi, Alhamdulliah dari berat badan aku 75 kg telah menurun kepada 61 kg. Masalah sekarang ni berat badan aku dah naik semula kepada 64 kg. Ini yang membuat aku semakin berdebar-debar untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Aku berharap Tumour Marker Alpha-Fetoprotein yang mencatatkan 14 IU/ml akan turun menjadi lebih baik. Amin.

No comments: