Ini adalah gambar kenangan semasa aku di dalam darjah 4 Sekolah Rendah Ismail (Satu), Muar. Sebenarnya aku perolehi gambar ini dari salah seorang rakan sekelas aku dan juga kini merupakan rakan facebook iaitu Azlan Huzairi Mustafa'l Adnan.
Di manakah mereka sekarang. Adakah masing-masing masih mengenali di antara satu sama lain? Apa yang pasti aku masih mengingati wajah-wajah mereka walaupun ada di antara nama-nama mereka aku tidak begitu pasti atau mungkin juga telah lupa.
Nama yang aku masih ingat dibaris hadapan ialah Mahzan, Ravi, Shaharudin, Sopie dan Fawzi. Manakala baris kedua ialah Azmi, Hasmad,dan Zainal. Di baris ketiga pula ialah Hamdan, Ungku, Raja, Azlan, Zulkarnain, Fairus dan Hafiz. Sementara di baris keempat pula yang aku masih ingat ialah Najad, Sanusi, Isa, Syed Idros, Suffian, Sulaiman dan Rahim.
Oleh itu kepada mereka yang pernah sekelas dengan aku di dalam darjah 4 kuning 1975 yang namanya tidak aku sebut bukan bermakna aku tidak mengenali kamu semua tetapi mungkin daya ingatan sudah berkurangan. Kalau aku tersalah eja nama atau tersalah nama tu harap maaf aje lah ya. Ada di antara mereka sebaik sahaja tamat sekolah rendah, aku masih berjumpa di sekolah menengah samada di Sekolah Menengah Sri Muar ataupun di Sekolah Tinggi Muar. Namun ada juga di antara mereka yang aku tidak bertemu di sekolah menengah apabila mereka meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Dato Sri Amar Diraja Muar ataupun berpindah sekolah semasa di dalam darjah enam.
Aku rasa mungkin ada yang tertanya di dalam gambar itu yang mana satu ialah aku. Tekalah sendiri. Hehe.....
Aku tetap aku... walau di mana dan pada bila masa... Jadi diri sendiri dan jangan jadi orang lain...
Saturday, 20 November 2010
Friday, 19 November 2010
Cermin Mata Pecah
Wednesday, 17 November 2010
Salam Aidil Adha 1431H
Salam Aidil Adha 1431H kepada semua umat Islam di dunia ini. Kepada kenalan yang menunaikan haji pada tahun ini, tahniah dari aku dan semoga diberkati oleh Allah.
Oleh kerana cuti Aidil Adha hanya sehari dan jatuh pada hari Rabu maka aku mengambil keputusan menyambutnya di Johor Bahru.
Saturday, 13 November 2010
Broadband Buat Hal
Lama juga aku tidak menulis apa-apa samada di blog ataupun di facebook. Aku bukannya merajuk tetapi broadband aku buat hal. Aku ni bukan faham sangat pasal IT dan ingatkan ada masalah pasal line. Semasa aku balik ke Muar pada Hari Deepavali, cuba bertanya kepada kedai Maxis. Aku cuma mengangguk sahaja bila dikatakan aku dah terlebih guna dari yang sepatutnya. Terima ajelah walaupun tidak puas hati dengan penerangan tersebut.
Apabila kembali ke Johor Bahru, aku ke pusat Maxis untuk bertanya hal broadband aku ini. Staf tersebut menyatakan kemungkinan ada masalah software. Nasib baik aku membawa latop bersama untuk memudahkan beliau 'download' semula. Aku baru teringat mungkin semasa aku 'download' anti virus yang baru dan buang beberapa program yang tidak diperlukan staf kedai tersebut terbuangkan program yang berkaitan dengan broaband. Aik... memandai pula aku. Hehehe.... Lantaklah, yang penting sekarang dah boleh guna semula internet.
Apabila kembali ke Johor Bahru, aku ke pusat Maxis untuk bertanya hal broadband aku ini. Staf tersebut menyatakan kemungkinan ada masalah software. Nasib baik aku membawa latop bersama untuk memudahkan beliau 'download' semula. Aku baru teringat mungkin semasa aku 'download' anti virus yang baru dan buang beberapa program yang tidak diperlukan staf kedai tersebut terbuangkan program yang berkaitan dengan broaband. Aik... memandai pula aku. Hehehe.... Lantaklah, yang penting sekarang dah boleh guna semula internet.
Subscribe to:
Posts (Atom)