Hampir dua tahun aku tidak melihat blog yang pernah menjadi luahan rasa aku. Kadangkala aku amat merinduinya. Tapi entah mengapa aku tak pasti adakah kesibukan waktu atau kemalasan melanda di jiwa dan hati atau mungkindah tiada bahan untuk dikongsikan.
Tapi entah mengapa hari ini aku menjadi semangat pula untuk membuka blog ini dan mungkin kembali menulis. Walaupun blog aku ini tidak popular macam blog orang lain tetapi cukup sekadar memberi kepuasan untuk aku terus menulis.
Apapun terima kasih kerana Majlis Sua Kembali, Pelajar Tingkatan 6, Sesi 1983/84, Sekolah Tinggi Muar telah menemukan aku dengan rakan sekolah yang juga penulis iaitu Dr Maskiah Masrom. Dia lah yang memberi semangat untuk aku meneruskan bakat penulisan aku. InsyaAllah akan ku teruskan jua minat dan bakat ku ini.
Terima kasih Dr Maskiah Masrom @..... biarlah rahsia. Haha...