Setelah dua tahun pihak syarikat tidak mengadakan Malam Jamuan Tahunan Syarikat maka pada malam semalam segalanya terlaksana sudah. Apa yang pasti Malam Jamuan Tahunan Syarikat 2011 kali ini akan mencatatkan suatu memori buat diriku sendiri. Kalau dahulu aku sekadar menguruskan bahagian "Lucky Draw" ataupun hadiah tetapi, pada malam semalam aku telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan keseluruhan majlis iaitu sebagai "Floor Manager".
Aku amat gementar diberi tanggungjawab yang terlalu berat untuk memastikan majlis yang dihadiri lebih kurang 1,000 orang pekerja dari pelbagai kaum, bangsa dan pangkat agar ianya berlangsung dengan jayanya. Aku masih ingat kata-kata emcee Encik Rashid beberapa hari sebelum majlis ini, andaikata aku panik maka beliau juga akan panik. Jadi semuanya bergantung kepada aku untuk bertindak pantas, peka, tenang dan segala-galanya kerana apa-apa yang berlaku semuanya atas arahan aku.
Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun ada beberapa sedikit kesilapan teknikal namun aku pantas mengatasinya. Apa yang pastinya majlis kali ini gempak dan lain dari acara majlis sebelum ini apabila aku memberi peluang kepada pekerja perempuan yang telah berkahwin membuat persembahan pentas. Gempak dan dapat sorakan apabila mereka bergelek di atas pentas.
Terima kasih kepada emcee Encik Rashid dan salah seorang pekerja Grand Artisan Events (maaf bro terlupa nak bertanya nama) yang banyak memberi semangat dan tips bagaimana untuk menganjurkan majlis seperti ini. Terima kasih kepada group 'Sweet Mama" kerana telah merelisasikan impian aku pada malam semalam. Terima kasih juga kepada pekerja-pekerja yang sanggup membuat persembahan nyanyian secara percuma dan maaf kerana aku telah memberi kejutan dengan memberi sedikit sumbangan voucher dan telah memilih salah seorang dari mereka sebagai Vokal Terbaik. Terima kasih juga kepada semua AJK majlis yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada aku sebagai "Floor Manager".