Sunday 21 September 2014

Jejak Rakan

Syukur Alhamdulillah semalam aku dapat mengesan seorang lagi rakan sekelas dan sekolah di Sekolah Menengah Sri Muar dan Sekolah Tinggi Muar iaitu Mohd Fuad.

Aku mula mengenali Fuad yang lebih dkenali sebagai Fuad lembu sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Sri Muar.  Walaupun kami berlainan kelas tapi kami agak rapat memandangkan kami tuition di tempat yang sama.  Oleh kerana di dalam kelas tuition tersebut tak ramai pelajar lelaki maka hubungan kami agak rapat.  Manakala semasa tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Tinggi Muar, kami ditempatkan di dalam kelas yang sama.

Kini seorang demi seorang rakan-rakan yang pernah sama-sama belajar di Sekolah Tinggi Muar dapat dikesani.  Setakat ini jejak rakan yang diketahui di mana mereka berada adalah Zulkarnain, Hedzir, Fuad, Rozhan dan Azmi.  Apa yang aku harapkan dapat mengesan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih Allah.

Sunday 14 September 2014

Soalan UPSR 2014 Bocor

Perlukah rasa terkejut?  Perlukah digelak?  Ermmm... dan tersenyum yang mampu aku lakukan bila berita mengatakan soalan UPSR bocor.  Aku pun tak faham mengapa dan kenapa, padahal itu baru peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah aje.  Masa zaman aku tiada pula terdengar soalan Penilaian Darjah 5 bocor.

Aku bukannya hendak mengeruhkan suasana ini tapi sekadar hendak kepastian mengapa perkara ini boleh terjadi.  Adakah yang membocorkan soalan ini mahukan anaknya dapat gred bagus atau pihak sekolah yang mahukan peratusan sekolah mereka tinggi.

Apapun sebabnya rasanya tak perlu lah nak melatah.  Ala tu kan sekadar menilai tahap pelajaran pelajar sekolah rendah.  Kalau sekadar dapat keputusan baik semasa sekolah rendah, kemudian dapat belajar di Asrama Penuh dan selepas itu hancur nak buat apa.  Tapi rasanya soalan aje yang bocorkan.  Tak pula aku dengar jawapannya yang bocor.  Jadi tak ada masalahkan.  Haha...

Kepada pelajar yang telah dipilih oleh Allah untuk mengerjakan fardhu Haji tahun ini, nasihat aku beri tumpuan kepada ibadat Haji.  Walaupun aku tahu UPSR mungkin juga penting tapi tidak bermakna kamu tidak boleh teruskan pelajaran ke tingkatan 1 kan.  Nanti semasa PMR dan SPM beri tumpuan sepenuhnya.  Ingat bukan semua orang Allah pilih untuk mengerjakan Haji tahun ini.  Kamu untung kerana Allah telah memilih kamu.