Saturday 30 August 2014

Jaga Perasaan Waris Mangsa.

Tragedi pesawat MAS MH370 & MH17 telah memberi impak yang besar kepada negara.  Walaupun berlainan cerita tetapi ianya tetap menjadi perhatian dunia.  Apakah sebab dan musabab dan apakah implikasinya kepada semua pihak.

Aku tahu pelbagai pandangan yang dilemparkan samada positif atau negatif.  Entah apakah motif sebenar pandangan mereka.  Apakah ianya benar ikhlas atau sekdar untuk mendapat perhatian demi politik masing-masing.

Mungkin mangsa MH17 lebih beruntung kerana kita tahu apa dan di mana pesawat tersebut.  Tetapi bagaimana dengan mangsa MH370 pula entah ke mana tanpa jawapan.  Apakah benar mangsa MH17 dianggap beruntung kerana melibatkan kematian.  Apakah MH370 akan dilupakan?

Walaupun kerajaan telah buat sebaik mungkin menunjukkan rasa prihatin dengan melakukan berkabung dan macam-macam lagi kepada mangsa MH17, namun masih ada pihak yang memberi pandangan negatif.  Mereka mendakwa mengapa mangsa MH17 disambut bagaikan wira negara sedangkan mangsa anggota keselamatan kejadian di Sabah dan tempat lain tidak diberi penghormatan seperti wira.  Adakah mereka memberi komen dengan ikhlas?  Tetapi kenapa mangsa kejadian di Sabah dahulu mereka kutuk dan anggap itu adalah agenda sesuatu parti politik.  Sekarang ni mereka macam rasa simpati pula.  Apa motif sebenarnya.  Hanya mereka yang tahu.

Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana setiap apa yang diperkatakan walaupun mungkin ada kebenarannya tetapi ada kepahitannya.  Kita bukan waris mangsa memang kita tidak akan rasa kepahitannya dengan sebarang komen yang diberi.  Biarlah waris mangsa memberi komen kerana mereka ada hak dan jangan pula kita cuba menjadi api dalam serkam.

Walaupun aku bukan ahli keluarga mangsa anggota keselamtan di Sabah tetapi aku amat memahami perasaan mereka kerana aku sendiri adalah anak seorang polis.  Walaupun aku juga bukan waris mangsa MH17 dan MH370, tetapi ada juga ahli keluarga aku sering menggunakan kapalterbang untuk segala urusan.

Apa juga komen hendak diberi samada positif atau negatif, nasihat aku jangan sampai hati waris-waris mereka terluka.  Al-Fatihah untuk mereka.